Daisypath Anniversary tickers

Monday, July 12, 2010

Kawen...

Dah hampir sebulan aku menggantungkan blog aku ni. Haduii... hampes btol aku ni. Pemalas!!!! Well dah sebulan lebih pun aku beralih arah dari status bujang skang dah kawen. Huhuhu... Sebulan yang penuh cabaran nak aku harung. Macam2 dugaan. Biase la dah berpuluh taun plak kan aku bujang skang ni baru kawen. Orang kate perantin baru tu syok... Syok tu memang la syok. Bab nak menyesuaikan diri ni yang poning. Aku macam biaso anak jati N9. Cara hidup aku dah biase dgn N9. Bini aku plak orang Johor. Sebulan pertama nak try masuk mmg payah. Kesabaran sangat ponting. Ni nak masuk bulan ke 2. Cabaran makin bertambah. Rumah yang kosong jer ni nak kene isik. Keperluan nak kene ada. Tu semua nak pakai $$$$ yg banyak. Hurmmm... poning. Mana nak sambar peti ais, mesin basuh, TV, kabinet la, sofa la, katil la, kot xmo makan atas lantai, nak carik meja makan plak.... hadoi. Dogaan btol...


Tu namo eh tanggungjawab. Yang penting kene pandai ber'nego'. Salah2 nego... alamat porang!!! Kalau dulu aku makan singgit sorang skang ni kene makan 2 orang. Alamat mmg xcukup la. Nak kene ada 2 hengget. Biase la tu ye tak??

Well walau macam mane besar dugaan tu or banyak mana dugaan tu membuatkan aku bertambah matang dan menghargai kehidupan ni. Kalau dulu lain la.... Dan soalan setendet yang paling malas aku nak jawab. Bile nak ada baby plak??? Hadoi... apara. Asal kawen jer tanya bile nak ada baby. Dulu xkawen tanya bile nak kawen. Haish... lotih btol. Insya-allah ade rezeki adolah. Sape xmo anak yer tak.

Owh lupo plak. Korang berminat ker nak layan gambar kawen aku??? Huh.. xpayah la yer. Kalau korang nak tgk ko pi la blog photo sekupu sekapat aku. Click here. Aku maleh nak upload kat sini sobab dah ado yang ghajin tolong uploadkan. Huhuhuhu....

Dan kepada semua yang terlibat menjayakan, datang, bagi hadiah, bagi $$$ untuk majlis kawen aku hari tu aku ucapkan terimo kasih. Korang tau2 sendiri la sapo yer tak. Xkan plak aku nak tulis semua kat sini. Nak update pun aku maleh apetah lagi nak tulis nama kat sini. Kirim salam jer la.

Sign off dari aku. Kalau rajin aku hapdate lagi.

Saturday, May 1, 2010

Jemputan Majlis Perkahwinan

Dengan sukacitanya aku menjemput semua sahabat2 & pembaca blog aku... (tu pun kalau ada la) ke Majlis Perkahwinan aku pada 29 Mei 2010 bertempat di Dewan Jubli Intan, Jalan Air Molek, 80000, Johor Bahru, Johor untuk sebelah perempuan. Kalau tak pun mai serbu rumah aku beramai2 pada 05 June 2010 di Kampung Pekan Kota, 71350, Kota, Negeri Sembilan.

Tuesday, April 27, 2010

Perginya Seorang Sahabat....

Al-Fatihah buat keluarga sahabat yang lebih mesra aku panggil 'TOY' dimana aku kenali sejak tahun 2000 atas pemergian beliau jam 01.30pagi tadi. Beliau menghembuskan nafas terakhir atas sebab penyakit leukima yang beliau tanggung hampir 2 tahun. Baru Ahad lepas aku melawat dia di Hospital Ampang. Masa tu dia masih lagi ceria & bersemangat nak menghadiri majlis perkahwinan aku hujung bulan depan. Katanya dia akan buat last chemoteraphy sebelum doktor mengesahkan beliau mampu menjalani kehidupan seperti biasa dan cuma kene follow up untuk medical check up sahaja. Xsangka Isnin lepas betul2 chemoteraphy yang terakhir buat beliau. Lu memang sempoi la Toy..... Gua xkan lupe zaman susah senang masa kita lepak kat Shah Alam sesama dulu.

Tuesday, April 13, 2010

Trip to South Africa

Bapak punya pemalas aku ni kan. Tu la orang nak jadi bloggers aku pun nak tumpang sekaki gak. Last2 blog aku yang bersawang. Huhuhu... bulan 2 hari tu sedia maklum la aku pi South Africa sebab company aku suruh pegi la senang cerita. So aku malas la nak buat ape2 entry jadi layan je la antara koleksi2 gambar-gambar yang sempat aku snap semasa aku kat sana.
Tengah semangat nak pegi meninggalkan negara... huhu

Ni kat airport dubai. transit 5 jam. Masa ni baru pukul 5 am waktu UAE. Waktu Mesia 9am

Depan hotel tengah tunggu driver ambik. Nama hotel ni The Balalika Hotel Sandton City, Jo'burg

Ni lah keje aku datang Jo'burg ni. Ngajar Mat2 Salleh ni cara2 nak repair kete Proton.

Yang tu je la gambar kerjanya. Lebih2 gambar jenjalan jer yang banyak. Hahaha.... punya la hampes aku ni. Company suruh pegi kerja aku bantai jalan2... Orang kate kalau pegi South Africa kalau xpergi Safari Park dia xsah. So aku pun pi la ke Lion & Rhino Nature Reserve Park kat Krugersdorp. Kira2 45 min drive from town Jo'burg

Kenderaan rasmi


Harimau bintang a.k.a cheetah yang tengah lepak2. Take note yang sume chetah2 tuh kat belakang pagarkan.... see next photo.


Cer tengok gambar ni betul2. Cheetah tu kat belakang pagar ker depan pagar??? Hampes betol... Aku hanya berada kurang dari 2 meter dgn binatang ni. Rupanya binatang ni terlepas dari kawasan dia. Nasib baik dia bukan time lapar. Kalau tak mau arwah aku kene baham dek cheetah ni. Lepas tu cheetah ni kene tembak ngan pelali & dimasukkan semula kat kandang dia.

The Lion King


Yang ni white lion. Anak jer la.

Binatang ni nama dia Gemsbok

Haha... jgn btol kan PC anda. Ini bukan shot yang telah di super imposekan. Ini kejadian benar. Aku tengah men'sekeh2' kepala singa. Ups... sorry, anak singa. Sempat gak la aku guling2 dgn anak2 singa ni. Ni baru berusia 6 bln. Jinak macam kucing. Tapi kucing kecik. Hak ni beasr sket.

Chipmunk ni aku geram btol tgk dia. Jinak nak mampos. Berkeliaran di sekitar taman ni jer.



Ni antara2 gambar lain yang sempat aku snap.

Bentley Continential GT 6.8litre V12.

Ni plak aku pi melawat ke salah satu venue untuk FIFA World Cup 2010. Stadium ni terletak di Pretoria. Selain tu aku sempat jugak menjengah ke Stadium Ellie's Park & Soccer City Satdium di Jo'burg. Soccer City Stadium ni la di mana perlawanan pembukaan akan diadakan antara South Africa & Uruguay. Hehehe... ticket dia yang apling murah harga R250. Duit Malaysia adalah 1/2 dari tu. Mamat ni jadi model jer...

Kat dalam Wonder Cave, Krugersdorp

Ni kat depan Mandela Square, Sandton City


Ni plak kat satu kawasan penempatan warga Islam. Kebanyakan population pekan kecik ni adalah Pakistan yang migrate ke sini. Kat sini la baru aku dapat makan Nasi Briyani yang betul2 halal. Tapi harga sepinggan Nasi Briyani dia R86. Duit Malaysia 1/2 lah.. Punya susah nak carik makanan halal kat sini. Sekali dapat... RM 43 sepinggan briyani. Bedal la kaw2 punya. Tu pun nasib baik la driver kita orang ni pandai nak carik tempat. Thanks to Simon... 'manggis' yang paling baik & berbudi bahasa yang pernah aku jumpa.

Cerita 16 hari aku kat South Africa memang best. Maklum la aku ni bukan orang senang. Dapat tengok negara orang pun ehsan dari company. Kalau tak saje2 nak datang memang xde la jawapnyer. Itu la rezeki nama dia. Well ape pun ni antara gambar yang dapt aku syer2kan kat dlm ni. Nak kira beratus gambar yang aku ambik. Tapi kat sini barang2 dia memang cukup mahal. Mungkin ekonomi negara diaorang memang macam tu. Setakat R50 tu xder ape yang dapat di beli. Harga setin air Coke pun dah R8. So South Africa bukan la shopping heaven untk mereka2 yang suke bershopping. Aku pun xder ape yang dpt dibeli. Just beberapa helai T-Shirt World Cup 2010 yang dapat aku sauk. Yang penting its an official merchandise. Bukan ciplak punya. Yang paling aku hangen... T-Shirt yang sama aku beli kat South Africa harga dia RM45 dan skang dah masuk Malaysia jual kat Petronas just RM29.90 jer. Hampesss btol....!!!

Credit to Pearl Automotive (Ltd), Mr Niel Jensen, Lisa Caroll, Mr Albert, Warren Roth, Collin and all the participants. You guys are great.

Wednesday, January 27, 2010

South Africa

Entry aku kali ni xde kene mengena lansung dengan World Cup 2010 yang bakal berlansung di South Africa tahun ni. Hahaha... ni pasal aku kene outstation ke sana bulan depan. Ni la first time aku menjejakkan kaki ke Johannesburg. Tempat dimana terletaknya stadium yang bakal digunakan untuk opening game & final World Cup nanti. Soccer City stadium, stadium yang boleh memuatkan 95,000 orang. Ermm... tah la sempat ke tak aku nak pegi tgk stadium tu. Aku ke sana pun bukan untuk jenjalan. Pergi kerja....

Well kesempatan yang diberi oleh company aku ni pun bukan selalu. Iskkk... apesal la dia xsuruh aku kesana bulan 6 ker 7 ker.. kalau tak, bole gak aku tgk game world cup tuh. Bukan senang nak dapat chance macam tu. Nak harap Malaysia jadi tuan rumah lambat lagi kot...
Ngeh..ngeh ni flight itinerary aku... nampak tak yang aku kene transit ke Dubai. Dapat jugak aku menengok airport Dubai yang besar dan cantik tuh. Tapi aku xbole keluar dari airport. Sebab transit aku 5 jam jer. Kalau bole sure aku dah pegi Burj Dubai, menara tertinggi di dunia sekarang ni. Kempunan jugak aku nak tengok menara tinggi melangit tu. Tapi yang best aku dengar2 South Africa merupakan salah sebuah negara pengeluar berlian. Ngeh2 buleh beli buat cincin kawin nanti. Ada sapa2 mau kirim??? Huhu....
Apehal tunggu jer la entry aku bulan depan. Pasti dengan gambar2 yang menarik2. Huhuhu... SOUTH AFRICA... Here I Come!!!!

Friday, January 1, 2010

Salam Tahun Baru...

2010 menjelma... pejam celik pejam celik dah melangkah ke tahun baru. 2010 bakal menjadi sejarah dalam hidup aku. tahun ni aku bakal bergelar suami kepada seorang isteri. macam biasa azam seorang suami adalah untuk menjadi seorang suami yang bertanggung jawab dan semestinya menjadi yang terbaik untuk isteri dan bakal bapa yang mithali untuk anak2nya. tinggal lagi 5 bulan jer lagi aku bakal melangkah ke aras baru dalam hidup aku. macam biasa kepada bakal pengantin2 semestinya sibuk menguruskan hal2 persiapan bagi menghadapi hari yang bersejarah.

buat penyokong2 blog aku (ader ker??.... perasan) aku mengucapkan terima kasih atas sokongan dan dorongan samada secara lansung mahupun tidak lansung. dan buat semua teman2 pem'blog'an teruskan hasil2 entry yang menarik untuk aku baca. walaupun tulisan aku ni xla semeriah blog2 korang. kudos to bloggers!!!!
HAPPY NEW YEAR!!!!

Thursday, December 31, 2009

Rangkuman 2009

Tirai 2009 bakal berlabuh. So aku rase baiklah aku rangkumkan semua apa yang dah berlaku kat aku sepanjang tahun lepas. Ni pun sebab aku baca surat khabar pagi ni. Aku nengok banyak rangkuman yang diaorang buat sepanjang tahun baru.

Memula sekali perkara yang terbesar berlaku dalanm hidup aku adalah tahun ni jugak la kau bergelar tunangan orang. Huhuhu... selama ni aku dok asyik pergi majlis pertunangan orang jer. Ni aku plak yang bertunang... Gagaga. Tahun ni jugak la aku berjaya menamatkan pembelajaran aku sebagai pengajar bertauliah oleh Boxhill Collage, Victoria Australia. Ni ni bukan sijil nak jadi cikgu sekolah tu, walaupun ditauliahkan sebagai pengajar bertauliah. Tapi sebagai Certified Vocational Education Instructor. Tapi sijil ni aku xbuat kat Australia pun. Buat kat Malaysia jer. Sijil tu jer dikeluarkan di sana, blajar nyer disini. Tapi pengajarnya 'omputih' ler.

PROTON EXORA pun dilancarkan dalm tahun 2009 jugak. Aku secara lansung terlibat sebagai salah seorang ahli Customer Action Team. Paling best selepas 100 hari EXORA berada diatas jalan, aku pun menerima satu surat penghargaan dari Managing Director atas sumbangan aku dalam memastikan EXORA menjadi salah satu lagi model yang mampu dibanggakan oleh rakyat Malaysia.

Antara memori yang agak indah la tahun ni... errrmmmm... bawak bakal2 adik2 ipar aku berjalan sehari suntuk di genting. Seronok la dapat jenjalan diaorang tuh. Baru2 ni plak aku berkesempatan ke Singapura bersama tunang aku, tu pun sebab aku berkunjung ke Johor. alang2 dah sampai ke JB aku lajakkan ke Singapore. Maklum le aku ni xpernah la ke Singapore. Tahun ni jugak aku diberi kepercayaan olen bos aku untuk melatih peserta2 dari pengedar2 kenderaan PROTON negara2 Asean (Brunei, Singapore, Taiwan, Thailand & Indonesia) dalam Pertandingan Kemahiran Malaysia bagi ketegori pengedar & pengeksport kenderaan PROTON yang julung2 kalinya diadakan disini. Pemenangnya adalah peserta dari negara Taiwan. Walau pada awalnya memang payah jugak la aku nak bercakap dangan mamat ni sebab haram jadah dia xpaham bahasa Inggeris. Dan aku plak mane la reti nak becakap bahase cine. Tapi lantak la dia dah menang pun.

Well apa pun aku kena tinggalkan 2009 ni dengan penuh memori yang indah. 2010 menanti dengan penuh cabaran baru yang mendatang. Tahun 2010, menantikan sesuatu yang lebih mencabar. Tanggungjawab yang sudah pastinya bertambah. Goodbye 2009.... Welcome 2010