Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 19, 2008

Tragedi November...

Bulan 11 nih kira bulan tragedi & bulan yang sangat la memenatkan. Dan jugak bulan kopak bagi aku. Al-kesah nyer bermula.....

02 November 2008: Aku diperintahkan oleh bos aku pegi Penang. Memandangkan company aku ader hubungan kerjasama dengan Kolej Komuniti, aku disuruh untuk memantau & membantu aktiviti training kat sane. Penginapan aku di Sunway Hotel, Seberang Jaya.

03 November 2008: Malam tuh aku tido lewat dan saje mengada2 nak surf internet pakai network cable yang disediakan di hotel. Malam tuh jugak peristiwa yang paling aku hangin sekali terjadi. PC aku 'kong'

07 November 2008: Aku balik ke Kuala Lumpur. Sampai opis jer aku terus hantar PC aku kat IT dept. Sebab aku nak pakai PC, aku diberi pinjam dahulu 'PC Old School' menengokan PC yang di bagi nih mmg aku rase stock bole hantar derma ke rumah anak yatim jer. Buat diorang belajar. Lambab nak mamposss!!!! Dan oleh sebab itulah aku pun secara rasminya menggantungkan blog aku sampai bersawang2. Rase malas nak online menengokan tahap kelembapan nyer.Expenses minyak & tol aku pegi balik... ranap RM400++

09 November 2008: Aku kene pergi ke Kuala Terengganu pulak atas reason & aktiviti yang sama... pemantau.a Seminggu lagi aku kat saner.

11 November 2008: Opis aku call suruh pergi balik ke Penang minggu depan atas tujuan yang sama jugak. Huh... mane lubang aku nak korek buat modal neh???

14 November 2008: Aku balik dari Kuala Terengganu. Masuk opis nak check PC aku dah siap ker blom. Sbb dah xsanggup rase nyer aku nak mengadap PC old timer nih. Nak on pun seksa. Kene carik plug point. Sbb PC nih battery dia dah 'kong' bole tahan pun 5 menet jer. Malangnya IT dept aku cakap, PC xsiap lagi. Sebab OS dia problem. Minggu depan baru siap. Perghhhh... Kene mengadap lagi la aku dgn PC lembab nih..... arghhhhh.... tensionnn. Belanja seminggu campur & tol.... ranap lagi RM300++

16 November 2008: Bermodalkan duit poket aku yang tinggal seredak jer nih... aku gerak pi Penang lagi sekali. Cuti sekolah punya pasal, hotel kat tanah besar (orang penang habaq blah sini... tanah besaq) dah fully book. Nak tak nak company aku campakkan aku kat Cititel Hotel kat pulau nuh. Aku kene berulang alik dari pulau ke Kepala Batas selama seminggu. Perghhhh... nak mengadap jem kat jambatan yang mengalahkan jem kat KL. Tobat aku..... dah la tu. Tol plak RM7 sehari. huh... crazy!!!!!

17 November 2008: Dek xtahan dengan kos harian yang makin tinggi. Aku paksa opis aku carik hotel di seblah tanah besar. Nasib baik aku dapat hotel kat Pearl View Hotel, Seberang Perai. Aku ingatkan settle la. Sampai depan pintu hotel. Nak check in plak problem. Sebab LOU (Letter of Undertaking) dari company aku diaorang xterima lagi, aku kene bayar plak dulu deposit RM250. Laaaa... maner plak aku cekop RM250 nih. Dalam poket pun ngam2 ader RM270 jer. Mau xmau aku hulur jugak la kat hotel tuh. Diaorang cakap, kalau esok dah dapat LOU dari company diaorang pulang balik.

18 November 2008: Pepagi lagi, 'opismate' aku Kak Zana SMS bagi tau yang surat tuh dah di faxkan ke hotel. Yahuuu... aku nak mintak balik deposit aku. Sebab ekonomi aku cukup2 makan nih, sangat la aku memerlukan duit deposit tuh. Buat isi minyak nak ulang alik hotel ke Kepala Batas. Nak dijadikan cerita, masa aku nak mintak balik deposit tuh diaorang xbagi plak. Kene tunggu sampai check out baru bole ambik. %^&*.... aku xpuas hati. Semalam receptionist tu kate bole. Hari ni kate xbole plak. Bertekak punya bertekak sampai aku jumpa dia punya Front Office Manager tuh akhirnya diaorang hantar duit tuh terus ke bilik aku. Tension lak ai.....

19 November 2008: Hari ni aku masih lagi kat Penang. Dan aku rase dah semak sangat rasenya kepala aku nih. Dah 3 minggu aku xdok rumah. Badan pun dah lemau dah nih. Argghhh... aku rindu nak tido kat atas tilam & bantal aku sendiri!!!!

Kiranya itulah kisah aku untuk November yang aku rase macam2 tragedi jadik kat aku. Yang pasti aku perlukan satu percutian yang amat menenangkan jiwa aku sendiri. Aku nak rileks.... Tapi nak pegi mane huh??? Tah la nanti aku pikirkan.... Ader sesape nak temankan aku pi bercuti????

2 comments:

halym said...

kesiannnnnnn....

vectorise said...

ini bukan cobaan ini betul betull...