Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 22, 2008

Kene Kopak

Sabtu lepas (20/12/2008) aku pi ler jenjalan ke salah sebuah shopping complex yang aku rase xpayah la nak dedahkan namanya bersama-sama 'kawan' aku. Sampai pun dah hampir petang, maka dengan 'confident' nya aku pun park la kat basement parking dia. Selepas bebrapa jam....

Aku tengok kereta aku dah jadi semacam. Arghhhh... tidak kereta aku kena kopak dek manusia yang aku rase kepala dia dok letak kat lutut. Hampess.... ape dia takde keje lain ke selain dari menjadi penyamun. Mulanya dia cube memecah masuk dengan menggunakan kaedah 'standard' dikalangan penyamun dengan menggunakan besi panjang nak bukak pintu kereta. Nasib baik aku lagi advance sket dari penyamun tuh dengan meletakkan 'plat' tambahan kat dalam pintu. Maka cubaan taktik lapuk tuh tak bole pakai lansung. Last2 dia 'fed-up' dia buat taktik kotor.....

Dipecahkan tingkap aku. Haram jadah punya penyamun. Aku rase memang niat dia bertujuan nak melarikan kereta aku.

Dah dapat dok port dalam kereta aku, baik punya dia kopakkan pulak 'Steering Column' aku. Cubaan untuk start kereta aku lepas tuh nak bawak blah la tuh kereta aku. Nak dijadikan cerita plak kebetulan 'alarm' kereta aku dah rosak. So aku lock pakai manual jer la. Dengan aku xpakai steering lock lansung, aku rase dengan yakinnya sang penyamun tadi bole hangkut la kereta aku. Nasib baik dulu aku membelanjakan sedikit modal untuk menaik taraf sistem 'security' kete aku. Aku ader la pakai 1 sistem 'immobilizer'. So cubaan sang penaymun tadi untuk start kereta aku gagal lagi. Akibat tak puas hati sebab tak berjaya nak me'roket' kereta aku, dengan tidak pulang tangan kosong. Dia 'roket' aku punya coin box yang dalam nya ader la syiling 3-4 hengget. Pas tuh dia geledah 'floor console box' aku, terjumpa plak 'Smart Tag' tu pun dia 'roket' skali. Punya la aku ingat penyamun sengkek nih, 'Rayban' Petaling Street aku pun dia hambik buat 'buah tangan'. Nasib baik radio aku pun dia tak projek sekali.

Maka dengan rase tak puas hati aku pun pi la jumpa pihak pengurusan shopping complex berkenaan kot2 la bole tengok CCTV & nampak la betapa kacaknya penyamun tuh. Memang aku dapat tengok kelibat penyamun tuh. Tapi sayang nya posisi aku mem'park'kan kereta aku tak berapa cun angle dia. Maka aku hanya nampak angle belakang penyamun tuh jer. Muka dia xdpt tengok. Cess... sayang nyer. So nasib baik kereta aku tak hilang... syukur al-hamdullilah. Tapi yang aku hanginkan... nak kene la ganti cermin yang dah pecah tuh. Nak kene repair la kerosakkan yang makhluk tak berotak tuh dah buat. Ini kalau aku jumpe mamat tuh... Isk.. isk... memang aku belanja dia makan 'sup kasut saiz 10' aku nih. Kepada penyamun tuh. Kot2 la dia bace plak blog aku nih kan. Sila la hantar nama, no i.c dan alamat lengkap kat aku supaya bole la aku hantar hadiah baucer penginapan dihotel bertaraf 8 bintang. Bole pilih lagik nak cawangan Sungai Buloh ker Kajang.

5 comments:

halym said...

ayoyo...sapa punya kije ni?
anak bangsa kita ke?

elok la kasik hadiah hotel 18 bintang yg kat Kajang tuh..

shahril adzmy said...

yerp... makhluk ciptaan tuhan yang xreti nak berusaha mencari rezeki yang halal. dok nak mengambik hak orang lain. esok kalau ALLAH ambik balik hak Dia yang dipinjamkan baru tau.

"Sesungguhnya kehidupan di dunia ini adalah pinjaman dari ALLA s.w.t."

Firman Allah "Fabiaiyia'la irabbikuma tukazziban" 'Sesungguhnya nikmat ALLAH yang mana satukah yang telah kamu dustakan'

Kenikmatan akal & kesihatan tubuh badan yang dikurniakan oleh ALLAH memang mudah didustakan dengan melakukan kejahatan.

isk..iskk..

Ya Allah... janganlah Kamu kurniakan aku zuriat dan keturunan yang terdiri dari orang2 yang sesat dari ajaran Mu Ya ALLAH..... amin

vectorise said...

ala bagitau jer laa ko park kek mano..

Fazrul said...

area MD ke bro?

shahril adzmy said...

vector: ala nak tau sangat ko??? kantoi la port dating aku....

fazrul: nope

to all who start guessing... its at ALAMANDA, PUTRAJAYA