Daisypath Anniversary tickers

Monday, July 20, 2009

Perkenalan...

" Sori kacau u lg. U blk kl on thu so i thnk i nk collect the things on fri. If u free la. Tq"
SMS received 24 August 2008 from +60122xx8xx5

SMS tu la yang aku received kali pertama dari seorang wanita. Nak dijadikan cerita, awek ni tadi merupakan kenalan dari seorang rakan Satria GTi Clubbers. Kawan aku tadi mintak tolong kat aku carikan 1 parts yang si awek ni tadi dah hilang. So aku dengan ikhlasnya la mencari sumber2 aku untuk mendapatkan barang yang dimaksudkan oleh kawan aku tadi.

Akhirnya setelah sekian lama aku simpan barang tu. Aku dok ingat awek ni tadi dah xnak lagi barang tu. Nasib baik la aku dok simpan jugak barang tu. Petang 20 October 2008 pukul 6.20pm mempertemukan aku dengan awek yang aku cume berkenalan dalam talipon & buat appoiment nak ambik barang tu dah 2 bulan lamanya asyik dok postpone. Memula aku nampak satu Proton Savvy hitam masuk ke office aku sambil pegang talipon. Sah kompon awek ni kot. Pertemuan aku petang tu just 2 minit jer. Aku just pass jer barang tu ikut tingkap kereta dia. Dan tanpa tunggu.... dia terus blah. Hahaha... muke awek tu bole ler tahan. Tapi aku dapat rase ada daya penarik kat dalam diri dia untuk aku berkenalan lebih rapat. Ke aku jer yang senang cair tgk perempuan kot.... hahaha.. maklumla dah lame membujang. Kekadang jeles jugak tengok awek2 orang yang cun melecun. Desakan emosi jugak membuatkan aku terdetik untuk mengenali wanita. Mungkin jugak umur dah nak hampir penghujung 20an ni kot. Dan dah makin ramai kawan2 aku yang dah kawen dok cerita betapa bestnye kawen ni.

2 hari lepas tu aku meng'SMS' ler awek tu tadi. Point aku nak memulakan cerita sangat la senang. Modal aku ape lagi barang yang diterimanya tu la. Ok ker tak??? Hehe... Dia me'reply' plak SMS aku tu. Haha.. ader chance nak masuk jarum ni. Ayat punya ayat, aku berjaya mempelawa awek tu tadi diner. 23 October 2008 merupakan tarikh keramat sebab tu la for the first time aku pegi diner dengan awek tu. Huhu... berdebar beb. Dek kerana nervous sangat maklum le aku ni bukan selalu dating dgn pompuan, sampai aku bole dok tanya soalan yang sama 2-3 kali. Mengong betul...

Now selepas lebih 8 bulan aku mengenalinya, aku rase 1 perasaan yang aku xpernah rase sebelum ni. Orang putih kate 'HEPINESS'... Sekarang aku masih lagi berkawan baik dengan awek tu tadi dan aku ingin mengenali dia dengan lebih rapat lagi. Bagi aku sayang xkan datang tanpa hepiness dulu. Bila kita dah rase happy dengan seseorang tu baru kita jadi selesa. Bila hepiness dah ada, happy dah ada, selesa pun dah ada baru sayang tu datang....

Dan awal bulan 8 ni aku berharap yang ianya berubah menjadikan satu titik tolak dalam kehidpuan aku bagi menjadi hamba Allah yang lebih bertanggungjawab. Aku mengharap agar semua doa & usaha yang aku lakukan di berkati Allah. Amin.....

12 comments:

halym said...

wah...ni entri paling romatis yg penah aku baca..ekeke

shahril adzmy said...

cet.. bunyik mcm perli jo..

halym said...

AMINNNNN..
moga kekal hingga ke anak cucu..patut ler blog lame tak hapdet..sedang asyik masyuk rupanya..mencik..ekeke

shahril adzmy said...

haha.. beso la bang lym.
timo kasih la mendoakan. tahun dopen buleh tolong basuh piuk... huhu

halym said...

orait bro..takde hal punya, nak basuh kan hang sekalik pon buleh..wakakak

vectorism said...

manodeh gamba ehh.. dio ado masuk sini ko baco entri romantis tu... wargh warghh wargghh

shahril adzmy said...

siol jer vector... hampess

halym said...

aku mmg pandai tang siasat menyiasat ni..tp sebenarnya aku serkap jarang jer, tuan empunya diri dah ngaku plak, nak buek cano? hahaha

vector, cer hang tengok kat list yang follow blog neh..hehe

vectorism said...

a'ah bro halym.net den dah tau dah.. followers tu satu2 nyer yg ado kan.. ;) ok laa tu...
boi den nak order kasut crocs ekao leh dpt diskaun tak..? huhuhuu

halym said...

apo? aboy jual kasut croc's plak ko? den nak gak..nak kale ijau..ekeke

shahril adzmy said...

lobih kurang la.. nak kate penjual tegar tu idak le. cume tentolong kengkawan jer....

ipar wanna be tu seorang stewardess, maka crocs tu kalau di beli di amereka & diconvertkan ke duit malaysia rege dia lebih murah 20% - 30% bergantung kepada design kasut tuh..

maka jika brader lym berminat bole le ke mane2 laman web crocs dapatkan name kasut yg berkenan & bole la dikirimkan nanti. hehehe.. promote! promote!

halym said...

huh..hengat leh dapat pree jek...wakakak