Daisypath Anniversary tickers

Thursday, April 30, 2009

Back On Track

Pergh.. lame gile aku menyepi. Dan dah banyak rasanya event2 yang menarik aku xupload dalam blog aku ni. Banyak jugak perkara yang aku dah terlepas. So aku kira rangkumkan semua nya dalam 1 entry ni.

First sekali aku nak mengucapkan TAHNIAH kepada sepupu aku, Roszi kerana menimang cahaya matanya yang pertama. Sepupu aku yang sebaya dengan aku akhirnya menjadi bapak. Then ape cerita plak dengan aku?? hahaha....

Then aku nak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun kepada semua sahabat2 aku yang mane kalau aku terlupa nak buat sepesial entry untuk diaorang. 1stly untuk Kak Zana, Secrectary boss aku yang paling efisyen yang mana menyambut hari lahirnya bulan April yang lepas. Xlupa kepada mentor aku, En Redzal. Sepupu aku Izzah Hadirah yg menyambut hari lahir yg ke 15. Dan kepada mereka2 yang aku lupe nak letak mane dia kat sini. SELAMAT HARI LAHIR.

Tak lupa juga buat PROTON, kerana berjaya melancarkan produk terbaru yg diberi nama PROTON EXORA. Sebuah MPV pertama Malaysia yang dihasilkan oleh jurutera2 tempatan. Hasil penat lelah selama 18 bulan bagi menghasilkan sebuah MPV mampu milik untuk masyarakat Malaysia. Syabas!!!! Dan lepas launching jer aku dok la sebok menjadi sebahagian daripada response team yang diberi nama Customer Action Team (CAT) Jenuh la aku merayau ke merata Semenanjung Malaysia bagi melihat feedback yg diberi oleh customer. Selain dari memandu sendiri kereta tersebut pusing2 semenanjung. hehehe... kembang jugak la hidung aku bila aku sendiri memandu EXORA sehari selepas pelancarannya. Dengan bernombor pendaftaran pulak tu. wakakaka.. Nanti minggu depan aku update plak activiti aku di utara semenanjung bersama EXORA ni.

Dan akhir sekali. Kenapa la aku tak meng'update' langsung blog aku ni sampai berbulan2. haha.. salah satu punca utama adalah aku teramat la sebok mencari cinta. hehe... aku kira sampai la masanya aku memikirkan untuk melangkah ke 1 lagi tahap dalam kehidupan aku sendiri, berkeluarga. Mungkin sebab jeles tengok Roszi dah jadi bapak kot. wakakaka..... setakat ni patut la aku rahsiakan dulu siapakah gerangan yang aku maksudkan. Insya-allah sampai masa akan aku 'declare' dalam blog ni.

Sebelum aku menggantungkan 'keyboard' ni. Aku nak mengucapkan 'Selamat Maju Jaya' kepada mentor aku dalam arena pem'blog'an ni, Brader Halym. Aku selalu memantau blog dia. Nampaknya dia semakin 'sukses' dalam menghasilkan nukilan yang bermutu sejak ader domain sendiri ni. Chaiyokk Brader Lym!!!! Dan kepada sesiapa yang berani sangat menciplak karya2 cousin aku, vectorism. Pesanan aku, hargailah idea dan kreativiti orang lain. Jangan sesuka tengkok korang jer 'link' kan dalam website korang sendiri dan ambik credit sebagai penghasil logo2 vector. Busuk la perangai korang ni.....

Akhirkata... kepada semua supporters aku (ader ker??) Thank You.....