Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 29, 2008

Happy Birthday Bro..

aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI JADI yang ke 34 kepada satu2 nyer brade aku Azahar Adzmy. orang yang paling banyak memberi aku support dari segi moral mahupun bukan moral. kekadang kalau aku ter'kopak' bulan tuh dier jugak support aku bagi advance. huhu.... semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.... cukup budget bole la tambah anak plak...hahaha..

Monday, July 28, 2008

BBQ Party

huih... kenapo la minggu nih aku dilimpahi dgn pelbagai party. nih bukan party israel lah.... petang hari sabtu yang lepas (26/07/2008) aku balik kampung aku di 'ghombau' bagi join party atau pun lebih tepat lagik family gathering. al kisah nyer mak long aku tuh balik kampung. dan bile dah ramai, ader plak suku sakat yg cube mengeluarkan idea2 bernas untuk buat BBQ kat kampung. sajer makan ramai2. orang kate makan ramai2 nih meriah sket.. orang kate la.. aku kate penat makan ramai2 nih...

huhu.. macam biaso la. menu malam tuh ader kambing a.k.a lamb chop la, beef steak, hot dog, chiken wing & jugak fries. huhu... yang syok dier kemeriahan berkumpul. bukan nak makan sangat pun...

penuh gaye mamat nih sedang membakar daging... huhu cekak pinggang kau yerk..

antara mangsa yang akan dibakar... 'premium sausage' rasa italian, mushromm & black paper

mangsa2 yang telah masak dibakar. ayam, daging, lamb & hot dog

perghhh... berasap ayam tuh. saje jer aku snap dari angle macam tuh... nak nampak keenakan ayam yg sedang berasap tuh... perghh.... kalau dicicah dgn black paper sauce. meletop!!!!

so malam tuh xcukup dengan acara BBQ sahaja. memandangkan musim durian, dan adolah sikit durian. maka acara pencuci mulut pun bermula... pesta makan durian.

aksi sepupu aku memilih durian yang baik punyo. sekali tgk nampak macam tamak pun ado. tgk la kat tangan tuh dah ader.... xcukup plak tuh, pilih lagik satu. tamak betul la....

aksi daripada 2 generasi peminat durian. aih... jangan lepas tuh berkipas udah.

sungguh pun durian tuh merupakan raja segala buah, namun haram jadah aku xheran lansung. sebab aku nih bukan la jenis peminat atau pun golongan orang yang makan durian. tah la xtau aku kenapa. sejak aku dari kecik, tgk durian nih mmg xbole masuk lansung.

malam tuh kitaorang bole lepak borak sambil mengungkit kisah2 silam orang2 tua kat situ. cerita zaman bapak aku dulu kecik2 la... cerita sepupu aku terjun dlm perigi la.... macam2. kekadang aku rase la, kisah2 diaorang menjadikan satu inspirasi bagi aku untuk menghargai hidup aku. bagaimana kepayahan orang tua2 dulu nak tgk TV. sampai kene bayar 20sen sbb nak tgk TV. tapi anak zaman skang siap ader ASTRO lagik. TV plasma la, play station la, game boy la...senang betul untuk dapatkan hiburan. betapa beruntung nyer la generasi skang nih. adakah mereka sedar akan kesenangan yang diaorang dapat tuh adalah hasil perit jerih usaha ayah, mak, pakcik, makcik dan datuk nenek diaorang. dan ape plak sumbangan diaorang untuk generasi anak2 & cucu2 diaorang nanti. isk.. isk.. ape plak sumbangan aku huh???


arghhh ape2 pun.....
LU PIKIR LA SENDIRI... ape sumbangan korang


Saturday, July 26, 2008

Unplanned Party

arakian nyer mungkin la agak lambat aku nak meng'apdate' blog aku nih. event nih agak ketingglan zaman la sket. ala kan aku ader post pasal birthday bapak aku arituh. kebetulan plak hari yang sama tuh jugak la mak long aku (yakni kakak sulong kepada bapak aku) yang menetap nun jauh di utara datang bersama anak dier yg sulung jg maner merangkap la jugak sepupu aku. so malam tuh secara 'underground' nyer aku pun mendapat la satu call dr anak mak long aku yg no 2. kira sepupu sepapat aku jugak ler tuh, ajak pi 'bersantap' di kedai pak cik aku yang kat putra jaya tuh. ala dulu aku pernah story pasal kedai nih. ni promote lagik skali la. nak tau pasal kedai tuh sila picit di 'sini'

so aku pun story la kat sepupu aku tuh yang ari tuh jatuh nyer jugak ari ulang tahun bapak aku. so akibat kecanggihan teknologi komunikasi, maka plan yang mula nyer 'underground' jer dah jadik besar2 besaran. so malam tuh akibat perancangan yang ala2 ter'kezut'. kitaorang berjaya mengumpol seramai 15 orang sanak saudara pi diner kat kedai 'pokcik' aku di putrajaya.



antara sanak sedaro yang hadir... tongah sabar menunggu nasik masing2.

haha... yang paling best nye, adela sepupu aku nih dier 'keroje' kat EDEN Catering. so dia ader la contact dgn 'chef daud'. diberitakan.... chef daud adelah orang yang bertanggungjawab membuat kek perkahwinan Siti Nurhaliza & Datuk K dulu. kek 7 tingkat ala2 KLCC bernilai hampir 15 ribu hengget tuh. so dgn usaha yang agak jitu, sepupu aku tadi pergi mendapatkan 1 cokelat kek yang aku rase kalau bagik kat aku, mau aku lahap kan ajer kek tuh sensorang

hehe... kalau brader hylm promote kek hidayah dier.. aku rase musti dia meleh air liur kalu tgk kek nih.. huhu


ni la ghope nyer 'besday boy'.... boy ker???

sessi tengah mem'balun' nasik & lauk pauk yg disediakan

tapi akibat chelsea nak datang malaysia nih kan... aku rase aku 'prektis' la memakan makanan macam frank lampard nih makan. sebab senang la nak dok semeja nanti.. nampak sedap tak???

so malam tuh kitaorang bersurai lebih kurang dekat2 11 malam. hehe... namo eh anak mithali kan... so malam tuh kira den la yang payung.. hehe


Friday, July 25, 2008

PROTON Technology Week

PROTON telah 23 tahun berkecimpung dalam pembuatan dan pengeluaran kereta bermula dari Proton Saga kepada Saga baru.

Sebagai peneraju industri automotif negara, PROTON bukan sekadar terlibat dalam perniagaan tetapi mempunyai tanggungjawab untuk menyumbang kepada ekonomi dan pembangunan negara.


Dalam memenuhi tanggungjawab ini, PROTON telah menjadi pemangkin dalam membangunkan bidang penyelidikan dan pembangunan industri automotif.

PROTON kini sudahpun memiliki kemudahan dan keupayaan R&D yang bukan sahaja untuk kegunaan sendiri tetapi sudah mampu untuk menawarkannya kepada syarikat-syarikat tempatan dan luar negara.
Untuk itu, sudah tiba waktunya untuk PROTON berkongsi dengan orang ramai terutama pelanggan akan keupayaan anak-anak tempatan khasnya dalam bidang penyelidikan dan pembangunan industri automotif.

Sebenarnya tidak ramai yang tahu mengenai keupayaan dan kemampuan PROTON dalam bidang teknologi pembuatan dan pengeluaran kereta masa kini. Atas sebab itu timbul berbagai pandangan dan reaksi yang tidak tepat mengenai PROTON.


Sebagai peneraju industri automotif negara, sekali lagi PROTON akan mencatatkan satu mercu tanda dengan pengeluaran kereta yang ketiga juta dan sekaligus membuka Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D Center) untuk berkongsi keupayaan dan kemampuan teknologi PROTON dalam hala tujunya untuk menjadi pembuat dan pengeluar kereta bertaraf dunia.

Bersempena dengan Minggu Teknologi ini, warga PROTON dan orang ramai boleh menyaksikan secara lebih dekat aktiviti pembuatan kereta khasnya di R&D : Virtual Reality Studio, Styling Studio, CMSS Lab, Prototype Studio, Powertrain, Emission Lab, Powertrain and Noise Lab, CAE Lab dan juga produk-produk R&D.


Di antara produk yang akan turut dipamerkan adalah kereta-kereta yang dihasilkan dari teknologi tempatan dan juga Lotus.


Selain daripada itu terdapat juga aktiviti sampingan yang disertai oleh vendor, Lotus, PROTON i.care, merchandise dan acara yang berkaitan dengan teknologi termasuk untuk kanak-kanak.

Hari Terbuka adalah pada Sabtu, 2 Ogos bermula dari jam 2.00 petang (selepas majlis pelancaran) hingga5.00 petang dan Ahad, 3 Ogos dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Kepada semua warga malaysia, anda semua di jemput untuk bersama meneroka dunia teknologi di PROTON. so marila kita beramai-ramai berkujung ke PROTON Manufacturing Plant di Seksyen 26, Shah Alam.



Thursday, July 24, 2008

Selamat Hari Jadi Ayah...

aku ingin mengucapkan HAPPY BIRTHDAY yang ke 61 kepada orang yang bertanggung jawab atas kewujudan aku ke muka bumi nih.. sapo laie... 'habah' den la, En Adzmy Mohd Ali. semoga di panjangkan usia & dimurahkan rezeki... harap2 kerajaan tahun nih naikkan lah pencen skit...

Sunday, July 13, 2008

Power Boat

time aku kat sarawak nih aku sempat jugak dibawak oleh abg yahya, staff kat sarawak nih join layan hobi dia. nak tau aper hobi dier..... main remote controll boat. bukan boat kecik tau. boat ni nih panjang dier hampir 2 kaki kot... agak2 la aku xukur plak panjang dier. boat nih di perbuat daripada kayu dan dijanakan oleh sebuah enjin 2 lejang. xkira la baik dari enjin mesin rumput, 'chain saw' atau pun enijn mesin pemotong jalan. boat nih plak dibuat daripada kayu yang dibentuk menyerupai 'power boat' yang slalu kita tengok dlm TV tuh. berat dier kira2 8kg termasuk dengan enjin dier skali


ni lah 'ghope' nyer boat tuh. agak kreatif jugak orang2 sarawak nih menghabihkan mase diaorang. musim2 harga minyak naik nih seakan-akan tak mematahkan semangat diaorang demi kepuasan diri. itulah name nyer hobi yer tak... dan aku dapat tau jugak yang hobi nih dah mula menular kat semenanjung. ader la kengkawan aku yang kat opis tuh terpengaruh dgn orang sarawak main hobi boat nih.

haaaa... kalau korang nak tau yang main boat nih bukan orang2 mude yg sebaya dgn aku... huhu aku kan mude belia lagik. tapi diaorang nih sume dah beranak pinak. ader jugak yang dah beruban pun dok gile layan boat nih. petang hujung minggu mule la diaorang berkumpul sambil menayang boat masing2. dan aku dgr jugak kat sarawak nih sampai siap ader kejohanan perlumbaan boat nih. kejohanan tuh plak terbahagi kpd beberapa kategori. yang paling tinggi skali kategori super series. nih class yg paling 'otai' la kire nyer. just diaorang nih xder blog jer macam aku... huhu eksyen plak.

brader2 yang gigih menyiapkan boat diaorang sebelum beraksi. sebelum nak main boat nih kene la periksa dulu. kaburator, exzos, transreceiver dia berfungsi atau tidak. rudder & repeller dia pun nak kene check plak. kot2 'kong ' kat tengah2 tasik tuh payah plak. cube peratikan yang brader2 dok 'belek' boat tuh... aku rase umur diaorang dalam pertengahan 40an kot. lelaki kacak berbaju biru tu lah brader yahya. orang yang bawak aku berkenalan dgn kengkawan se'boat' dier.

brader baju putih ni plak masih lagik mampu tersenyum sambil memeriksa 'spark plug' enjin boat dier. caya la.. boat biru-hijau yg diberi nama 'RAPTOR' tuh antara boat yang terlaju dalam kategori super siries. hehe.. silapnyer dier xpasang 'speedometer' kat boat dier. so aku xtau la brape laju boat dier bleh blah. tapi petang tuh aku tgk selamber jer dier tapau boat yg lain.

aksi2 boat-boat tadi di tengah2 tasik. memang laju. so aku pun hampir teruja... perghh ayat. tapi mmg syok jer aku tgk diaorang nih layan. mungkin aku kene cube plak kot hobi diaorang nih. brader yahya tuh pun nak hadiahkan aku body dier yg dah xpakai lagik.... hahaha.. alamat nyer ranap la mesin rumput bapak aku tuh aku pasang kat boat tuh. tapi tidak la bagi aku.

tapi petang tuh aku rase aku la orang yg paling ganjil. sebab nyer aku xpaham lansung aper yang diaorng borakkan. diaorng pakai bahasa sarawak. haram jadah aku xpaham. aku rase kalau diaorang gelak & kutuk aku pun aku aku xtau. tapi sekurang2 nyer xla aku rase boring sangat & melepak jer kat hotel.

Saturday, July 12, 2008

Outstation

waktu aku mencoretkan entry nih aku tgh berada kat sarawak... haha biase la kene keje... outstation ler. ader examination upgrading untuk staff kat sarawak nih. aku la yang terkene pi ke sarawak nih. tapi yang heran nyer aku xjugak di'upgrade' kan oleh bos aku plak..

ghope kunci bilik aku kat sarawak nih. by the way time nih kat sarawak ader Rainforest World Music Festival kat Perkampungan Kebudayaan Negeri Sarawak. so semua hotel penuh. maka dgn terpakse nyer la company aku mem'booking'kan aku hotel yg paling mahal rate dier kat sarawak nih.. Merdeka Palace Hotel & Suite. hotel nih terletak betul2 kat depan padang merdeka & berhampiran dgn kuching waterfront. huhu.. merase la aku dok hotel mahal... yang best nyer hotel nih WiFi dia free.. haha.. maklum la rate mahal xkan kene bayar plakkan... so aper lagik. aku pun meenggunakan sepenuh nyer la kemudahan tuh...

esok aku dah nak kene fly balik KL. flight aku pukul 5.30 petang. sebelum balik macam biase la 'shupping' dulu. banyak plak kiriman yang kene ku bawak balik...

Wednesday, July 2, 2008

Group Action Program (Part 1)

pada 28/06/2008 & 29/06/2008 yang lepas aku telah menyertai satu program yang diberi nama GROUP ACTION PROGRAM (G.A.P) program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan diantara staff kat office aku nih. kat bos aku nak mengurangkan gap (jurang) dikalangan staff. Event bermula seawal jam 7.00pg dimana program tuh dimulakan dgn acara treasure hunt dr office aku ke pasir salak, perak.

peserta mendaftarkan diri

taklimat diberi sebelum bermula


tengah sebok memunggah barang masing2 ke dlm kereta

upacara flag off tepat jam 7.40pg oleh bos aku

menuju keluar dari opis aku

perjalanan treasure hunt sejauh 220km bermula dari subang jaya ke pasir salak resort.
seramai 50 orang peserta yang mengambil bahagian yang mane terdiri dari 9 buah kereta dan sebuah kereta marshall (yg nih xmasuk pertandingan... kereta tukang buat soalan.... jawapan pun ader dlm kereta nih... huhu)


salah sebuah kereta yang bertanding

nih pun lagik satu peserta

dalam soalan tuh jugak kami diminta untuk mendapatkan sebijik buah naga (dragon fruit)

yang nih pun nak beli dragon fruit jugak ker???

kenderaan yang berhenti untuk membeli dragon fruit

haha... aku dah beli buah naga... bukan sebijik tapi 2 bijik...

untuk acara treasure hunt tuh semua peserta dikehendaki untuk sampai ke pasir salak resort sebelum 2.30 ptg bersama jawapan yang complete dan harta karun yg diminta untuk di carik.

en marzuki antara peserta terawal yang tiba

mamat nih agak terlebih 'poyo' dengan cuba menayang kertas jawapan untuk diserahkan kepada urusetia. tah betol tah idak.... jawapan ko...

acara petang tuh diteruskan dgn aktiviti ceramah. bukan ceramah agama daa... tah ceramah aper tah.. aku pun buat xlayan jer... aper yang aku layan adalah mata aku yg dok nak tertutup jerk...

Tuesday, July 1, 2008

Bersawang..

uiks... pehal plak si 'spiderman' buat sarang kat dlm nih plak. xdo 'tompek' lain ko nak tembak 'spider web' eh tuh.. huaaahahaha... tu tande nyer blog aku nih dah bersawang... xber'apdte'.

busy beb dgn work load yg semakin menjadi2 nih... so esok la aku 'apdate' event yg berlaku minggu lopeh...