Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 30, 2008

Aku Budak Minang

Setelah dua puluh tahun berada di pasaran akhirnya Aku Budak Minang di adaptasi ke drama bersiri untuk siaran RTM. Drama terbitan Niscam Sdn Bhd dengan kerjasama CESB Sdn Bhd itu akan di terbitkan sebanyak 13 siri bermula siarannya pada awal tahun hadapan (2009).

Pengarah muda yang kreatif Zulkifli M. Osman diberi kepercayaan untuk mengarahkan drama yang dibintangi oleh Baharuddin Hj. Omar, Mak Jah, Along Raja Lawak dan ramai lagi dramatis tanahair.

Mungkin Brader Halym dulu penah create entry pasal 'Ujang' dalam blog dier. Ha... nih aku terbaca satu artikel yang karya terunggul si 'Ujang' nih tadi bejudul AKU BUDAK MINANG bakal ke peti televisyen tak lama lagi.

Yang pasti aku for sure takkan miss semua 13 episod nih. Tapi cukup ker 13 episod jer. Memang aku nantikan karya terunggul nih ke TV. Tapi aku takut plak nanti kalau2 la pelakon dia cakap negori xnatural. Sebab cerita nih memang memerlukan dialek negori. Dangan arahan pengarah berbakat Zulkeflie M Osman aku percaya pasti drama nih bakal menarik minat ramai penonton. Terutama sekali golongan sebaya aku yang dulu sememangnya membesar dengan cerita2 macam nih. Kalau korang teringat lagi, antara karya2 dia yang aku minat sangat baca dulu antaranya Atuk, Jibam dan Aca. Aku rase banyak lagi karya brader ujang nih yang bermutu.

Tapi sayang betol aku xsimpan majalah Ujang yang first sekali. Masa tu kalau xsilap majalah Ujang yang first sekali keluaran 1 Januari 1994. Aku masa tu darjah 6, siap kumpul duit nak beli majalah Ujang tu. Isk... sayang betol. Kalau aku simpan lagi majalah tu mau harga dia belipat kali ganda skang ni.

Muka pengarah untuk drama 'Aku Budak Minang'.... Zulkeflie M Osman

ni plak muke pelakon yang memegang watak ANOR. Heroin a.k.a gopren si Ujang dalam drama tuh nanti

Scene dimana Ujang tengah berjumpa dengan gupren dier ANOR

Ngeh..ngeh.. Nantikan kehadiran drama 13 episod 'Aku Budak Minang' di RTM 1 tahun depan.

Kepado brader Ujang, gua harap lu teruskan berkarya. Hasil seni sememangnya tiada penghujung. Hidup UJANG!!!!!!

Monday, December 29, 2008

Salam Maal Hijrah 1430

Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam di muka bumi ini. Menyingkap kembali kisah zaman Rasullulah s.a.w yang mana baginda berhijrah dari kota Mekah ke kota Madinah.

Kita di zaman serba moden ini bagaimanakah penghijarah yang perlu kita lakukuan. Nak kene pindah rumah ker??? Bertukar tempat keje ker??? atau berhijrah dari sesuatu yang baik kepada yang lebih baik.

Biasanya semua di tahun-tahun baru nih orang akan mula memasang azam yang akhirnya hanya tinggal azam. Apakah azam itu sendiri sebenarnya. Atau itu sekadar 'trend' yang menjadi ikutan. Bagi aku, aku hanya berdoa kepada Allah agar diberikan kekuatan, kesihatan & kemakmuran untuk aku bertaqwa kepada-Nya untuk setahun lagi. Hijrahku hanya ada dalam diri aku sendiri sahaja. Mungkinkan aku akan berhijrah dari solo ke arah duet??? hahaha....

Kepada semua teman2 aku. Aku sentiasa mendoakan kalian semua aman, makmur & sejahtera hendaknya bagi meneruskan perjuangan dan perjalanan kalian.

Saturday, December 27, 2008

Al-Faithah

Al-Fatihah atas kemangkatan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Jaafar ibni Almaruhum Tuanku Abdul Rahman pada 27 Disember 2008 jam 11.45 pagi di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Thursday, December 25, 2008

A New Born Baby!!!

Tahniah aku ucapkan buat cousin aku, Azizi Jefry a.k.a Brader EG & wife atas kelahiran cahaya mata sulung diaorang semalam 24/12/2008 di Selangor Medical Centre (SMC). Hadeh... tapi aku lupe plak nak tanya baby boy ker girl.

Monday, December 22, 2008

Kene Kopak

Sabtu lepas (20/12/2008) aku pi ler jenjalan ke salah sebuah shopping complex yang aku rase xpayah la nak dedahkan namanya bersama-sama 'kawan' aku. Sampai pun dah hampir petang, maka dengan 'confident' nya aku pun park la kat basement parking dia. Selepas bebrapa jam....

Aku tengok kereta aku dah jadi semacam. Arghhhh... tidak kereta aku kena kopak dek manusia yang aku rase kepala dia dok letak kat lutut. Hampess.... ape dia takde keje lain ke selain dari menjadi penyamun. Mulanya dia cube memecah masuk dengan menggunakan kaedah 'standard' dikalangan penyamun dengan menggunakan besi panjang nak bukak pintu kereta. Nasib baik aku lagi advance sket dari penyamun tuh dengan meletakkan 'plat' tambahan kat dalam pintu. Maka cubaan taktik lapuk tuh tak bole pakai lansung. Last2 dia 'fed-up' dia buat taktik kotor.....

Dipecahkan tingkap aku. Haram jadah punya penyamun. Aku rase memang niat dia bertujuan nak melarikan kereta aku.

Dah dapat dok port dalam kereta aku, baik punya dia kopakkan pulak 'Steering Column' aku. Cubaan untuk start kereta aku lepas tuh nak bawak blah la tuh kereta aku. Nak dijadikan cerita plak kebetulan 'alarm' kereta aku dah rosak. So aku lock pakai manual jer la. Dengan aku xpakai steering lock lansung, aku rase dengan yakinnya sang penyamun tadi bole hangkut la kereta aku. Nasib baik dulu aku membelanjakan sedikit modal untuk menaik taraf sistem 'security' kete aku. Aku ader la pakai 1 sistem 'immobilizer'. So cubaan sang penaymun tadi untuk start kereta aku gagal lagi. Akibat tak puas hati sebab tak berjaya nak me'roket' kereta aku, dengan tidak pulang tangan kosong. Dia 'roket' aku punya coin box yang dalam nya ader la syiling 3-4 hengget. Pas tuh dia geledah 'floor console box' aku, terjumpa plak 'Smart Tag' tu pun dia 'roket' skali. Punya la aku ingat penyamun sengkek nih, 'Rayban' Petaling Street aku pun dia hambik buat 'buah tangan'. Nasib baik radio aku pun dia tak projek sekali.

Maka dengan rase tak puas hati aku pun pi la jumpa pihak pengurusan shopping complex berkenaan kot2 la bole tengok CCTV & nampak la betapa kacaknya penyamun tuh. Memang aku dapat tengok kelibat penyamun tuh. Tapi sayang nya posisi aku mem'park'kan kereta aku tak berapa cun angle dia. Maka aku hanya nampak angle belakang penyamun tuh jer. Muka dia xdpt tengok. Cess... sayang nyer. So nasib baik kereta aku tak hilang... syukur al-hamdullilah. Tapi yang aku hanginkan... nak kene la ganti cermin yang dah pecah tuh. Nak kene repair la kerosakkan yang makhluk tak berotak tuh dah buat. Ini kalau aku jumpe mamat tuh... Isk.. isk... memang aku belanja dia makan 'sup kasut saiz 10' aku nih. Kepada penyamun tuh. Kot2 la dia bace plak blog aku nih kan. Sila la hantar nama, no i.c dan alamat lengkap kat aku supaya bole la aku hantar hadiah baucer penginapan dihotel bertaraf 8 bintang. Bole pilih lagik nak cawangan Sungai Buloh ker Kajang.

Wednesday, December 17, 2008

P6-20A

huh... menatang aper P6-20A???? itu tandanya adalah mase untuk aku start sibuk. bile aku sibuk aku jadi penat. bile aku penat aku jadi stress. bila aku stress aku jadi cepat marah. bile aku jadi cepat marah maka aku akan jadi cepat tua (itu kate orang dolu-dolu ler...) maka aku akan nampak la lebih tua dari umur aku yang sebenar nyer. walhal umur aku baru jer mencecah usia belasan tahun... hik..hik..hik

okay as an introduction P6-20A adalah kenderaan terbaru yang bakal menembusi pasaran malaysia. aku harap company aku xpecat aku la atas entry aku kali ni. sebab menda tuh masih lagi stage rahsia. walaupun ianya sudah pun diketahui ramai. P6-20A adalah MPV keluaran nasional yang pertama. aku ulang "Keluaran NASIONAL" yang pertama. hehe... sebagai anak MALAYSIA, aku rase sangat la bangga dengan pencapaian anak-anak Malaysia yang dah merdeka lebih dari 50 tahun. walaupun kereta masih lagi diperingkat stage prototype. tapi persediaan dari sedia workshop manuals, specifications, training slides, procedures, sales manual & owners manual. banyak persediaan perlu dilakukan.

ape pun nantikan kemunculan MPV terbaru keluaran nasional yang bakal berada di atas jalan kurang dari 4 bulan akan datang.

Monday, December 15, 2008

Walimatul Urus

Tahniah aku ucapkan buat 'officemate' aku En Amizan Ismail kerana selamat melansungkan perkahwinannya pada 14/12/2008. Semoga berkekalan hendaknya sehingga ke anak cucu.

Monday, December 8, 2008

Salam Aidiladha


Hari raya korban menjelma lagi. Namun apakah pengorbanan yang dah aku lakukan untuk negara dan jugak agama. Yang penting ibadah tetap diteruskan saban tahun. Kepada semua umat muslimin dan muslimat yang mengerjakan ibadah haji pada tahun ini aku ucapkan 'Selamat Menjalani Ibadah Haji' Moga-moga dikurniakan ibadah haji yang mabrur.... Insya-Allah.

Friday, December 5, 2008

Continental Automotive Malaysia, Penang Visit

Arakiannya aku diperintahkan bersama-sama bos aku untuk menghadiri satu sessi perbincangan dan lawatan ke kilang Continental Automotive Malaysia atau nama lama dia Siemens VDO di Penang. Continental Automotive Malaysia adalah vendors yang bertanggung jawab 'supply' Meter Clusters, Fuel Pump, Sensors & organ terpenting bagi sesebuah kereta iaitu ECU (Engine Control Unit)

Sessi tuh dimulakan dengan penerangan mengenai latar belakang company dan kemudia seterusnya penerangan mengenai pembuatan komponen-komponen yang di buat disitu. Dan seterusnya kami diberi penerangan secara 'detail' Basic Function Controls atau Body Control Module yang bakal dipasang pada P6-20A (MPV) yang bakal dikeluarkan oleh syarikat pengeluar kereta nasional terbesar.

Lepas tuh plak kitaorang dibawa masuk melawat 'production line'. Nak masuk kene la pakai pakaian khas. Sebab diaorang kata badan kita nih mengandungi caj2 elektrostatik yang bole menjahanamkan electronik komponen kat situ.

Lepas melawat 'production line'.... hehehe... sessi perbicangan dimulakan. Malas la nak ceritakan. So hari tuh acara disudahi hampir pukul 3 petang

Wednesday, December 3, 2008

Mogok

Hampir sekian lamanya aku menggantungkan blog aku ni akibat kesibukan berkerja. Al-kisahnya bila service centre kat tempat aku berkerja ni melancarkan mogok. Semuanya bermula apabila technician kat service cetre tu tak puas hati dengan pihak pengurusan. Maka diaorang semua berpakat beramai2 untuk tidak datang kerja. Habis lengang la workshop. Customer dah berduyun2 berbaris menunggu giliran untuk kereta diaorang di servis. Lepas tuh akibat kekecohan yang berlaku, pihak pengurusan memaksa aku dan kawan aku untuk turun membantu membuat servis kereta customer.

Lepas tuh plak, pihak HR terpaksalah mengambil tindakan terhadap semua staff2 yang terlibat dengan mogok tuh. Diaorang terpaksa di gantung seminggu yang mane berakhir hari ni. Fuhhh... berpeluh jugak la dah lame dok memerap kat dalam opis dan lepas tuh plak dipaksa untuk turun padang. Huhu... nasib baik skill aku masih lagi ader. Maka dapatlah aku 'menyapport' servis centre yang lengang tuh tadi dengan xder lansung kekok. Hehehe... tangan dah biase pegang 'spanar' bile2 mase jer beb.....

So seminggu ni aku rase penat betul. Bukan aper stamina tuh agak menurun sket la. Aku kene banyak exercise nih.

Tuesday, December 2, 2008

Tahniah..


Aku ingin mengucapkan TAHNIAH kepada Zulianah binti Kasim atau pun aku dok panggil dia Ju jer kerana melansungkan perkahwinannya pada 29 November 2008 yang lepas.

Dan untuk Ju, semua saat indah kita akanku ingat selamanya. Walaupun halangan itu tidak dapat aku tangkis, namun doaku agar dirimu bahagia disamping suami tercinta. Aminnn...