Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 30, 2008

Aku Budak Minang

Setelah dua puluh tahun berada di pasaran akhirnya Aku Budak Minang di adaptasi ke drama bersiri untuk siaran RTM. Drama terbitan Niscam Sdn Bhd dengan kerjasama CESB Sdn Bhd itu akan di terbitkan sebanyak 13 siri bermula siarannya pada awal tahun hadapan (2009).

Pengarah muda yang kreatif Zulkifli M. Osman diberi kepercayaan untuk mengarahkan drama yang dibintangi oleh Baharuddin Hj. Omar, Mak Jah, Along Raja Lawak dan ramai lagi dramatis tanahair.

Mungkin Brader Halym dulu penah create entry pasal 'Ujang' dalam blog dier. Ha... nih aku terbaca satu artikel yang karya terunggul si 'Ujang' nih tadi bejudul AKU BUDAK MINANG bakal ke peti televisyen tak lama lagi.

Yang pasti aku for sure takkan miss semua 13 episod nih. Tapi cukup ker 13 episod jer. Memang aku nantikan karya terunggul nih ke TV. Tapi aku takut plak nanti kalau2 la pelakon dia cakap negori xnatural. Sebab cerita nih memang memerlukan dialek negori. Dangan arahan pengarah berbakat Zulkeflie M Osman aku percaya pasti drama nih bakal menarik minat ramai penonton. Terutama sekali golongan sebaya aku yang dulu sememangnya membesar dengan cerita2 macam nih. Kalau korang teringat lagi, antara karya2 dia yang aku minat sangat baca dulu antaranya Atuk, Jibam dan Aca. Aku rase banyak lagi karya brader ujang nih yang bermutu.

Tapi sayang betol aku xsimpan majalah Ujang yang first sekali. Masa tu kalau xsilap majalah Ujang yang first sekali keluaran 1 Januari 1994. Aku masa tu darjah 6, siap kumpul duit nak beli majalah Ujang tu. Isk... sayang betol. Kalau aku simpan lagi majalah tu mau harga dia belipat kali ganda skang ni.

Muka pengarah untuk drama 'Aku Budak Minang'.... Zulkeflie M Osman

ni plak muke pelakon yang memegang watak ANOR. Heroin a.k.a gopren si Ujang dalam drama tuh nanti

Scene dimana Ujang tengah berjumpa dengan gupren dier ANOR

Ngeh..ngeh.. Nantikan kehadiran drama 13 episod 'Aku Budak Minang' di RTM 1 tahun depan.

Kepado brader Ujang, gua harap lu teruskan berkarya. Hasil seni sememangnya tiada penghujung. Hidup UJANG!!!!!!

Monday, December 29, 2008

Salam Maal Hijrah 1430

Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam di muka bumi ini. Menyingkap kembali kisah zaman Rasullulah s.a.w yang mana baginda berhijrah dari kota Mekah ke kota Madinah.

Kita di zaman serba moden ini bagaimanakah penghijarah yang perlu kita lakukuan. Nak kene pindah rumah ker??? Bertukar tempat keje ker??? atau berhijrah dari sesuatu yang baik kepada yang lebih baik.

Biasanya semua di tahun-tahun baru nih orang akan mula memasang azam yang akhirnya hanya tinggal azam. Apakah azam itu sendiri sebenarnya. Atau itu sekadar 'trend' yang menjadi ikutan. Bagi aku, aku hanya berdoa kepada Allah agar diberikan kekuatan, kesihatan & kemakmuran untuk aku bertaqwa kepada-Nya untuk setahun lagi. Hijrahku hanya ada dalam diri aku sendiri sahaja. Mungkinkan aku akan berhijrah dari solo ke arah duet??? hahaha....

Kepada semua teman2 aku. Aku sentiasa mendoakan kalian semua aman, makmur & sejahtera hendaknya bagi meneruskan perjuangan dan perjalanan kalian.

Saturday, December 27, 2008

Al-Faithah

Al-Fatihah atas kemangkatan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Jaafar ibni Almaruhum Tuanku Abdul Rahman pada 27 Disember 2008 jam 11.45 pagi di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Thursday, December 25, 2008

A New Born Baby!!!

Tahniah aku ucapkan buat cousin aku, Azizi Jefry a.k.a Brader EG & wife atas kelahiran cahaya mata sulung diaorang semalam 24/12/2008 di Selangor Medical Centre (SMC). Hadeh... tapi aku lupe plak nak tanya baby boy ker girl.

Monday, December 22, 2008

Kene Kopak

Sabtu lepas (20/12/2008) aku pi ler jenjalan ke salah sebuah shopping complex yang aku rase xpayah la nak dedahkan namanya bersama-sama 'kawan' aku. Sampai pun dah hampir petang, maka dengan 'confident' nya aku pun park la kat basement parking dia. Selepas bebrapa jam....

Aku tengok kereta aku dah jadi semacam. Arghhhh... tidak kereta aku kena kopak dek manusia yang aku rase kepala dia dok letak kat lutut. Hampess.... ape dia takde keje lain ke selain dari menjadi penyamun. Mulanya dia cube memecah masuk dengan menggunakan kaedah 'standard' dikalangan penyamun dengan menggunakan besi panjang nak bukak pintu kereta. Nasib baik aku lagi advance sket dari penyamun tuh dengan meletakkan 'plat' tambahan kat dalam pintu. Maka cubaan taktik lapuk tuh tak bole pakai lansung. Last2 dia 'fed-up' dia buat taktik kotor.....

Dipecahkan tingkap aku. Haram jadah punya penyamun. Aku rase memang niat dia bertujuan nak melarikan kereta aku.

Dah dapat dok port dalam kereta aku, baik punya dia kopakkan pulak 'Steering Column' aku. Cubaan untuk start kereta aku lepas tuh nak bawak blah la tuh kereta aku. Nak dijadikan cerita plak kebetulan 'alarm' kereta aku dah rosak. So aku lock pakai manual jer la. Dengan aku xpakai steering lock lansung, aku rase dengan yakinnya sang penyamun tadi bole hangkut la kereta aku. Nasib baik dulu aku membelanjakan sedikit modal untuk menaik taraf sistem 'security' kete aku. Aku ader la pakai 1 sistem 'immobilizer'. So cubaan sang penaymun tadi untuk start kereta aku gagal lagi. Akibat tak puas hati sebab tak berjaya nak me'roket' kereta aku, dengan tidak pulang tangan kosong. Dia 'roket' aku punya coin box yang dalam nya ader la syiling 3-4 hengget. Pas tuh dia geledah 'floor console box' aku, terjumpa plak 'Smart Tag' tu pun dia 'roket' skali. Punya la aku ingat penyamun sengkek nih, 'Rayban' Petaling Street aku pun dia hambik buat 'buah tangan'. Nasib baik radio aku pun dia tak projek sekali.

Maka dengan rase tak puas hati aku pun pi la jumpa pihak pengurusan shopping complex berkenaan kot2 la bole tengok CCTV & nampak la betapa kacaknya penyamun tuh. Memang aku dapat tengok kelibat penyamun tuh. Tapi sayang nya posisi aku mem'park'kan kereta aku tak berapa cun angle dia. Maka aku hanya nampak angle belakang penyamun tuh jer. Muka dia xdpt tengok. Cess... sayang nyer. So nasib baik kereta aku tak hilang... syukur al-hamdullilah. Tapi yang aku hanginkan... nak kene la ganti cermin yang dah pecah tuh. Nak kene repair la kerosakkan yang makhluk tak berotak tuh dah buat. Ini kalau aku jumpe mamat tuh... Isk.. isk... memang aku belanja dia makan 'sup kasut saiz 10' aku nih. Kepada penyamun tuh. Kot2 la dia bace plak blog aku nih kan. Sila la hantar nama, no i.c dan alamat lengkap kat aku supaya bole la aku hantar hadiah baucer penginapan dihotel bertaraf 8 bintang. Bole pilih lagik nak cawangan Sungai Buloh ker Kajang.

Wednesday, December 17, 2008

P6-20A

huh... menatang aper P6-20A???? itu tandanya adalah mase untuk aku start sibuk. bile aku sibuk aku jadi penat. bile aku penat aku jadi stress. bila aku stress aku jadi cepat marah. bile aku jadi cepat marah maka aku akan jadi cepat tua (itu kate orang dolu-dolu ler...) maka aku akan nampak la lebih tua dari umur aku yang sebenar nyer. walhal umur aku baru jer mencecah usia belasan tahun... hik..hik..hik

okay as an introduction P6-20A adalah kenderaan terbaru yang bakal menembusi pasaran malaysia. aku harap company aku xpecat aku la atas entry aku kali ni. sebab menda tuh masih lagi stage rahsia. walaupun ianya sudah pun diketahui ramai. P6-20A adalah MPV keluaran nasional yang pertama. aku ulang "Keluaran NASIONAL" yang pertama. hehe... sebagai anak MALAYSIA, aku rase sangat la bangga dengan pencapaian anak-anak Malaysia yang dah merdeka lebih dari 50 tahun. walaupun kereta masih lagi diperingkat stage prototype. tapi persediaan dari sedia workshop manuals, specifications, training slides, procedures, sales manual & owners manual. banyak persediaan perlu dilakukan.

ape pun nantikan kemunculan MPV terbaru keluaran nasional yang bakal berada di atas jalan kurang dari 4 bulan akan datang.

Monday, December 15, 2008

Walimatul Urus

Tahniah aku ucapkan buat 'officemate' aku En Amizan Ismail kerana selamat melansungkan perkahwinannya pada 14/12/2008. Semoga berkekalan hendaknya sehingga ke anak cucu.

Monday, December 8, 2008

Salam Aidiladha


Hari raya korban menjelma lagi. Namun apakah pengorbanan yang dah aku lakukan untuk negara dan jugak agama. Yang penting ibadah tetap diteruskan saban tahun. Kepada semua umat muslimin dan muslimat yang mengerjakan ibadah haji pada tahun ini aku ucapkan 'Selamat Menjalani Ibadah Haji' Moga-moga dikurniakan ibadah haji yang mabrur.... Insya-Allah.

Friday, December 5, 2008

Continental Automotive Malaysia, Penang Visit

Arakiannya aku diperintahkan bersama-sama bos aku untuk menghadiri satu sessi perbincangan dan lawatan ke kilang Continental Automotive Malaysia atau nama lama dia Siemens VDO di Penang. Continental Automotive Malaysia adalah vendors yang bertanggung jawab 'supply' Meter Clusters, Fuel Pump, Sensors & organ terpenting bagi sesebuah kereta iaitu ECU (Engine Control Unit)

Sessi tuh dimulakan dengan penerangan mengenai latar belakang company dan kemudia seterusnya penerangan mengenai pembuatan komponen-komponen yang di buat disitu. Dan seterusnya kami diberi penerangan secara 'detail' Basic Function Controls atau Body Control Module yang bakal dipasang pada P6-20A (MPV) yang bakal dikeluarkan oleh syarikat pengeluar kereta nasional terbesar.

Lepas tuh plak kitaorang dibawa masuk melawat 'production line'. Nak masuk kene la pakai pakaian khas. Sebab diaorang kata badan kita nih mengandungi caj2 elektrostatik yang bole menjahanamkan electronik komponen kat situ.

Lepas melawat 'production line'.... hehehe... sessi perbicangan dimulakan. Malas la nak ceritakan. So hari tuh acara disudahi hampir pukul 3 petang

Wednesday, December 3, 2008

Mogok

Hampir sekian lamanya aku menggantungkan blog aku ni akibat kesibukan berkerja. Al-kisahnya bila service centre kat tempat aku berkerja ni melancarkan mogok. Semuanya bermula apabila technician kat service cetre tu tak puas hati dengan pihak pengurusan. Maka diaorang semua berpakat beramai2 untuk tidak datang kerja. Habis lengang la workshop. Customer dah berduyun2 berbaris menunggu giliran untuk kereta diaorang di servis. Lepas tuh akibat kekecohan yang berlaku, pihak pengurusan memaksa aku dan kawan aku untuk turun membantu membuat servis kereta customer.

Lepas tuh plak, pihak HR terpaksalah mengambil tindakan terhadap semua staff2 yang terlibat dengan mogok tuh. Diaorang terpaksa di gantung seminggu yang mane berakhir hari ni. Fuhhh... berpeluh jugak la dah lame dok memerap kat dalam opis dan lepas tuh plak dipaksa untuk turun padang. Huhu... nasib baik skill aku masih lagi ader. Maka dapatlah aku 'menyapport' servis centre yang lengang tuh tadi dengan xder lansung kekok. Hehehe... tangan dah biase pegang 'spanar' bile2 mase jer beb.....

So seminggu ni aku rase penat betul. Bukan aper stamina tuh agak menurun sket la. Aku kene banyak exercise nih.

Tuesday, December 2, 2008

Tahniah..


Aku ingin mengucapkan TAHNIAH kepada Zulianah binti Kasim atau pun aku dok panggil dia Ju jer kerana melansungkan perkahwinannya pada 29 November 2008 yang lepas.

Dan untuk Ju, semua saat indah kita akanku ingat selamanya. Walaupun halangan itu tidak dapat aku tangkis, namun doaku agar dirimu bahagia disamping suami tercinta. Aminnn...

Wednesday, November 19, 2008

Tragedi November...

Bulan 11 nih kira bulan tragedi & bulan yang sangat la memenatkan. Dan jugak bulan kopak bagi aku. Al-kesah nyer bermula.....

02 November 2008: Aku diperintahkan oleh bos aku pegi Penang. Memandangkan company aku ader hubungan kerjasama dengan Kolej Komuniti, aku disuruh untuk memantau & membantu aktiviti training kat sane. Penginapan aku di Sunway Hotel, Seberang Jaya.

03 November 2008: Malam tuh aku tido lewat dan saje mengada2 nak surf internet pakai network cable yang disediakan di hotel. Malam tuh jugak peristiwa yang paling aku hangin sekali terjadi. PC aku 'kong'

07 November 2008: Aku balik ke Kuala Lumpur. Sampai opis jer aku terus hantar PC aku kat IT dept. Sebab aku nak pakai PC, aku diberi pinjam dahulu 'PC Old School' menengokan PC yang di bagi nih mmg aku rase stock bole hantar derma ke rumah anak yatim jer. Buat diorang belajar. Lambab nak mamposss!!!! Dan oleh sebab itulah aku pun secara rasminya menggantungkan blog aku sampai bersawang2. Rase malas nak online menengokan tahap kelembapan nyer.Expenses minyak & tol aku pegi balik... ranap RM400++

09 November 2008: Aku kene pergi ke Kuala Terengganu pulak atas reason & aktiviti yang sama... pemantau.a Seminggu lagi aku kat saner.

11 November 2008: Opis aku call suruh pergi balik ke Penang minggu depan atas tujuan yang sama jugak. Huh... mane lubang aku nak korek buat modal neh???

14 November 2008: Aku balik dari Kuala Terengganu. Masuk opis nak check PC aku dah siap ker blom. Sbb dah xsanggup rase nyer aku nak mengadap PC old timer nih. Nak on pun seksa. Kene carik plug point. Sbb PC nih battery dia dah 'kong' bole tahan pun 5 menet jer. Malangnya IT dept aku cakap, PC xsiap lagi. Sebab OS dia problem. Minggu depan baru siap. Perghhhh... Kene mengadap lagi la aku dgn PC lembab nih..... arghhhhh.... tensionnn. Belanja seminggu campur & tol.... ranap lagi RM300++

16 November 2008: Bermodalkan duit poket aku yang tinggal seredak jer nih... aku gerak pi Penang lagi sekali. Cuti sekolah punya pasal, hotel kat tanah besar (orang penang habaq blah sini... tanah besaq) dah fully book. Nak tak nak company aku campakkan aku kat Cititel Hotel kat pulau nuh. Aku kene berulang alik dari pulau ke Kepala Batas selama seminggu. Perghhhh... nak mengadap jem kat jambatan yang mengalahkan jem kat KL. Tobat aku..... dah la tu. Tol plak RM7 sehari. huh... crazy!!!!!

17 November 2008: Dek xtahan dengan kos harian yang makin tinggi. Aku paksa opis aku carik hotel di seblah tanah besar. Nasib baik aku dapat hotel kat Pearl View Hotel, Seberang Perai. Aku ingatkan settle la. Sampai depan pintu hotel. Nak check in plak problem. Sebab LOU (Letter of Undertaking) dari company aku diaorang xterima lagi, aku kene bayar plak dulu deposit RM250. Laaaa... maner plak aku cekop RM250 nih. Dalam poket pun ngam2 ader RM270 jer. Mau xmau aku hulur jugak la kat hotel tuh. Diaorang cakap, kalau esok dah dapat LOU dari company diaorang pulang balik.

18 November 2008: Pepagi lagi, 'opismate' aku Kak Zana SMS bagi tau yang surat tuh dah di faxkan ke hotel. Yahuuu... aku nak mintak balik deposit aku. Sebab ekonomi aku cukup2 makan nih, sangat la aku memerlukan duit deposit tuh. Buat isi minyak nak ulang alik hotel ke Kepala Batas. Nak dijadikan cerita, masa aku nak mintak balik deposit tuh diaorang xbagi plak. Kene tunggu sampai check out baru bole ambik. %^&*.... aku xpuas hati. Semalam receptionist tu kate bole. Hari ni kate xbole plak. Bertekak punya bertekak sampai aku jumpa dia punya Front Office Manager tuh akhirnya diaorang hantar duit tuh terus ke bilik aku. Tension lak ai.....

19 November 2008: Hari ni aku masih lagi kat Penang. Dan aku rase dah semak sangat rasenya kepala aku nih. Dah 3 minggu aku xdok rumah. Badan pun dah lemau dah nih. Argghhh... aku rindu nak tido kat atas tilam & bantal aku sendiri!!!!

Kiranya itulah kisah aku untuk November yang aku rase macam2 tragedi jadik kat aku. Yang pasti aku perlukan satu percutian yang amat menenangkan jiwa aku sendiri. Aku nak rileks.... Tapi nak pegi mane huh??? Tah la nanti aku pikirkan.... Ader sesape nak temankan aku pi bercuti????

Tuesday, November 11, 2008

*&%^$#(@?

oleh sebab aku nyer blog aku neh tiada sekatan tahap umur pembaca, maka tajuk kat atas tuh kene la cencored.

sebenar nyer aku tersangat la geram dan marah bile windows dalam laptop aku corrupted. kisah nih bermula minggu lepas apabila aku settle jer buat entry pasal kemenangan brader halym. nak dijadikan cerita minggu lepas aku kene pi penang atas sebab kerja. so aku pun menginap di Sunway Hotel, Seberang Jaya. haha... selamber jer aku dedahkan name hotel tuh. hotel tuh plak dalam bilik dia ader network cable yang mane adalah satu kemudahan bagi pelanggan dia untuk meng'acess' internet. aku pun dengan sesuke hati nyer pakai la network cable tuh. maklum ler speed laju. xkan nak gune 'broadband' aku plak. tetiba jer 'plap' padam screen aku. bile aku on balik jer, dia tulis 'windows files missing'

haram jadah... maner ader aku tekan button delete pun kalau nak kate aku terdelete files windows. so akibat laptop aku tu pun adalah subsidi dari company aku. maka kene la aku hantar balik laptop aku tuh ker IT dept aku. budak IT nih plak cakap ader jenis 'bug' yg makan & corruptedkan files window.

yang mengherankan aku xkan ler anti-virus aku xdetect. arghhhh... perlukan aku menukar brand anti-virus aku??? tapi yang paling aku hangin adalah kebanyakan file2 aku ader yang xdapat diselamatkan. argh... tension arrrr...

so aku maleh la nak cerita betapa geram & hangin nyer aku bile laptop kene format nih. akhir kata.... ^*?>%#$#*&@

Monday, November 3, 2008

Congratulation

TAHNIAH aku ucapkan kepado sifu ataupun lebih tepat lagik jejaka hensem lagik kacak En Halym atas kejayaan beliau menggondol tempat ke-2 dalam satu pertandingan maya yang telah dianjurkan oleh En Menteil. kepada yang xtau, brade lym nih merupakan sepupu aku yang mane dialah yang telah bertanggungjwab mengheret aku ke lembah pem'blog'an nih.

serba seket mengenai pertandingan tuh. pada hari kelahiran Encik Menteil nih, dier telah bermurah hati untuk menghadiakan 1 hosting dan domain yang berharga RM100 kepada penulis blog yg creatif menukilkan apa sahaja jenis entri mengenai diri beliau. lebih detail klik 'sini'

hasil tulisan kretif brader lym yang aku rase berbaur 'bodek' terhadap si mentail nih tadi berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan tuh. so tahniah atas kejayaan anda. lu memang sempoi. tak ku sangka kreatif jugak brader lym dalam menghasilkan entry yg begitu 'mantop' dan seterusnya mengenepikan beribu peserta lain.

bila dah ader hosting tuh nanti aku harap tulisan2 beliau lebih kreatif dan bermutu tinggi. seharusnya aku tidak sabar lagik menantikan kemunculan blog baru brader lym yang seharusnya pasti lebih gempak dan cun. kepada bang lym.... GOOD LUCK. pesanan ku kepada bang lym...
"lopeh ader hosting & domain sendiri nih xkan dok pakai 'dial up' lagik untuk update kot...hahaha"

Tuesday, October 28, 2008

Jamuan Hari Raya

meskipun syawal semakin hampir melabuhkan tirainya. namun kemeriahan tu masih tetap lagi dirasekan. di penghujung syawal nih, opis aku mengambil kesempatan untuk mengadakan jamuan hari raya untuk staff2 nyer. maka tarikh 28/10/2008, satu majlis serba sederhana telah diadakan.

ni ler juadah utama nyer... satay. erkkk... tgk gambau tuh. aku tau la dalam bekas tuh satay. xpayah ler tulih lagik kat bekas tuh. tapi pesal eja die 'sate'

juadah sampingan yang disediakan. roti jala, nasik impit, lemang, rendang, kuah kacang, mi sup, bihun sup, dah kuih karipap.

ni bos aku En A.Zahari Yusuff tengah sebok mengambil juadah yang disediakan. kompon aku mesti naik gaji nyer la kalau dier tau aku dengan sesuke hati nyer mem'publish' muke dier kat blog neh. ces.... control macho plak bos aku neh...

huhu... jangan mara. klon 'datuk K' pun ader gak tau. tapi pehal plak serious jerk muke dier. dah dapat satay pun marah gak ker. cube la contohi jejaka kacak kat belakang tuh. walaupun xmakan aper2 tapi muke tetap senyum tau.. huhu

dan yang paling baik sekali bab lepas makan. hadey punye la chantek perangai masing2. aper derang hingat makan kat kedai mamak ker. ces... tapi bukan nyer aku yang kemas pon. huhu aku tumpang sekaki meramaikan lagik pinggan mangkuk kat atas meja tuh.

so kepada semua Technical Training & Services staff Proton Edar Sdn Bhd, terima kasih kerana dengan 'seporting' nyer turut bersama2 menjayakan majlis yang xseberapa tuh. TRIMAS....

Friday, October 24, 2008

Subsidi Minyak

huhu... cobe kire brapekah nilai wang diatas... haha jawapan dier RM625. duit subsidi minyak yang telah diperuntukan oleh kerajaan untuk aku. sebab tadi aku pi renew road tax aku.

tapi nampak jer macam aku untung. sebenor nyer tak la untung mane. road tax jer RM297 (huhu.. kete 1.8 roadtax pun mahal...) insuran aku jer RM911.90 (pasal ncb aku dah 0.. sebab ari tuh aku accident) so total..... RM1000++

ces tolak campur balik... rugi jugak aku kira nyer. ape pun aku berterima kasih ler kat kerajaan kerana menaja subsidi minyak nih walaupun harga minyak dah turun.

Sunday, October 12, 2008

Open House

semalam aku di jemput untuk menghadiri 'open house' sorang daripada suku sakat aku. atas dasar keselamatan dan jugak permintaan dari tuan rumah aku terpaksa menyembunyikan identiti sebenar pemilik rumah tersebut. errrmmmm... tempat pun aku terpaska rahsiakan jugak... sebab open house tertutup kate nyer. kalau hebah2 kan takut kono serbu. budget kocik ler tuh agok nyer.... huhu...

juadah yang dihidangkan... mati2 ler aku ingat tuan rumah yang bertungkus lumus menggembling tulang memasak.... ghope2 nyer oder 'sub-con' jer. hampess.... aku tertipu.. tapi kalau pasal makan aku tau yang tuan ghumah nih memang cerewet. so aku kire yakin ler dengan pilihan juadah yang dihidangkan... tanpa membuang masa apa lagik... serang!!!!

sorry ler time makan aku xbole nak ambik gambar... sebab dikhuatiri identiti tuan punye rumah akan terbongkar... huhu... so sebelum balik sempat jugak tuan rumah me'napau'kan untuk aku bawak balik. buat 'bekfes' esok pagi.

so malam tuh xtau la berapa round aku aku balun. yang penting... 'poghut' aku malam tuh... FULL....

apo pun aku nak mengucapkan 'Terimo Kasih' kepado tuan rumah yang sangat budiman menjompot aku menghadiri umah dier...

Wednesday, October 8, 2008

Happy Birthday


aku nak mengucapkan Happy Birthday yang ke 28 buat kerani aku Puan Rosyimah Yusop yang menyambut hari jadinya hari ni 08/10/2008. semoga hang panjang umur & dimurahkan rezeki. tahun depan bole tambah anak. huhu...

Tuesday, October 7, 2008

kerja...kerja..kerja...

haih... lepas sedap coti seminggu nih badan aku maleh betol nak poie kojo. semalam dek aku bangun lambat... aku pun dgn cargas nyer la pi klinik ambik MC. ni sumer gara2 malas nak pi keje ler...

so first day masuk opis hari nih... perghh.. mmg lebam. aku rase jam nih apesal ler lambat sangat. tapi tahun nih aku rase blom ader plak kengkawan aku yang berhajat nak wat open house... kot2 ler bole save sket mkn malam... poket pun dah makin kureng nih... maklum ler lopeh ghayo...

so... kepada sumer pembaca2 blog aku nih. sudi2 kan ler jomput aku pi open house ghumah korang. sobab lopeh tuh buleh aku buat entry 'pomote' open haouse kowang... glamer aper...

kpd bang lym & family... ehem...ehemmm udah2 ler tutup pintu tuh.. bile nak buek open house. hahaha.....

Thursday, October 2, 2008

Raya Gathering

dah memang menjadi acara tahunan family sebelah ayah aku mengadakan family gathering sempena hari raya nih. so bile dah berkumpul macam biase ler.... BBQ. tahun ni ader la pakcik aku yang bermurah hati untuk 'menyeponser' seekor kamben untuk dipanggang. semua persiapan dibuat seawal seminggu lagi sebelum nak raya.

bertempat di rumah pakcik aku kek tampin, acara dimulakan petang hari raya pertama (01/10/2008) dengan memanggang kamben. mengikut kate pakar, kamben tuh perlu dibakar selama 3 jam maksimum sebelum bole dimakan.

ghope kamben yang sedang dipanggang. menurut pakar tuh lagik, seekor kamben yang seberat 13kg nih bole dimakan seramai 70-80 orang.

selain dari kambing untuk di 'pelahap'kan, ader jugak menu sampingan lain. macam biase bagi pengidap darah tinggi mahupun yang sakit jantung kambing merupakan musuh utama. so kepak ayam ataupun lebih fames dipanggil 'chiken wing' bersama peha ayam a.k.a 'drumstick' menjadi santapan diaorang. bukan sekadar makanan berunsur daging, seafood pun ader jugak. udang, sotong & jugak ikan cencaru (kat asrama dulu aku panggil... ikan jaket)

makanan yang telah siap dihidang 'kek' atas meja. selain daging & jugak seafood menjadi hidangan utama, dihidangkan jugak salad, garlic bread & french fries.

lebih kurang pukol 10 malam, kamben yang nampak sedap lagi menyelerakan tuh tadik dah tinggal rangke jerk. sebagai petugas dapur yang cukup setia, bab 'menghepong' (istilah negori sembilan nih....) tulang memang aku yang punye. huhu...

malam tuh cerita pasal makan memang pueh hati. tapi bab mengemas ler yang paling liat skali. yang lain sume dah konyang balik dengan membawa perut berisi. tinggal ler sekerat dua yang kene kemas....

acara tahunan yang telah termaktub didalam calender tahunan bagi family aku tuh berakhir dengan jaya nyer walaupun terdapat tragedi yang agak kureng sodap didongar.... tahun dopan ader ler sok..sek...sok..sek terdengar yang menu tahun dopan plak adolah satey.... mak long aku plak sponser... huhu so tunggu.....

Wednesday, October 1, 2008

Salam Lebaran

selamat menyambut hari lebaran buat semua pembaca2 blog aku yang tak seberapa nih dan jugak semua umat islam yang menyambut nyer... beringat ketika beraya dan jangan di sia2kan amalan yang telah dikerjakan semasa di bulan ramadhan... xdilupa kepada semua pemandu2 yang pulang berhari raya supaya memandu dengan berhati2.... periksa kenderaan... ingat Safety First, Last & Always

Tuesday, September 30, 2008

Shopping Raya...

raya datang lagi... aku memang xder mood lansung nak membeli ape2 persiapan untuk raya nih. sememang nyer raya nih meriah bile time zaman kanak2 dulu. dok sebok nak membeli kasut raya, baju raye, songkok dan segala macam mende2 baru ler untuk dipakai di pagi raye nanti. bile usia dah menjangkau remaje (remaje kah aku....???) nih... mood tuh dah makin lamer makin kureng....

kira nak tumpang sekaki ambik mood shopping raye nih, aku pun pi ler bershopping. bukan nyer aku bawak balik benda untuk raya, last2 benda yang aku rase sangat ler menyimpang dari hari raya yang aku bawak balik.

jeng...jeng... cun tak beg laptop yang berjename CAMEL ACTIVE nih... mase aku ronda2 kat jusco, aku ternampak ler beg laptop nih. sangat ler bekenan kat mate aku. rege dier RM2XX. memandangkan ade diskaun 30% aku pun tanpa berpikir panjang menyambar ler beg nih. huhu... raye nih laptop aku dapat beg baru ler gamak nyer...

sedang aku dok ronda2 lagik... aku pun terisnggah ler kat 1 kedai nih. maka terjebak ler aku sekali lagik dengan meng'sign up' 1 celcom broadband ler plak.

sememang nyer dah lame aku mengidam nak ader broadband nih... sebab rege dier mase mule2 kuar dulu mahal bebenor aku tangguhkan ler. nak dijadikan cerita, kedai tuh buat promotion, stock clearence. yang nih edisi terhad EURO 2008. dia ader free pouch & 512mb wristband pen drive. apa lagik... zasss aku sambar ler mentang tuh.

so untuk raye tahun nih, aku beli menatang yang 2 nih. baju ker... songkok ker... pakai tahun lepas punyer. huhu...


Wednesday, September 24, 2008

Selamat Hari Lahir Mak...

24/09/2008 nih genaplah 56 tahun usia bonda aku yang tercinta. buat mak aku nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR semoga mak terus panjang umur dan dimurahkan rezeki. moga mak sentiasa dilimpahi kesejahteraan dan kesihatan untuk terus tidak jemu2 mendoakan kebahagiaan anak2 nyer. kasih mak amat aku hargai. tapi sebab tahun nih mak sambut hari jadi bulan pose, so gamak nyer xder la kek untuk mak yerk. huhu.....

Tuesday, September 23, 2008

Upin & Ipin

bile dah menjangkau usia remaja nih aku jarang2 skali nengok kartun. tapi ahad lepas, mengkala menunggu waktu berbuke aku pun layan ler TV. sekali aku terpetik ler ke channel yang menyiarkan katun si Upin & Ipin nih. macam best plak aku layan kartun 5 menet nih. yang paling aku kagum adalah kemajuan anak melayu dalam dunia animasi nih. aku idok ler pandai dalam arena animasi mahupun 3D nih. tapi sekali aku tengok kartun tu nampak real. imej yang ditampilkan pun clean & clear. jalan cerita yang agak menarik disamping ade la sikit2 pesanan & mesej nasihat yang cube diterapkan melalui nasihat 'opah' diorang nih. tapi sayang kartun tuh 5 minit jer. huhu.. mungkin bajet dier takat 5 minit jer kot... tapi nak hasilkan cerita 5 minit tuh pun aku rase2 ler menelan belanjer yang agak besar. tu pasal ler 5 minit jer kot.

ape pun aku nak menguapkan syabas kepada anak2 melayu khususnya dan xlansung jugak anak2 malaysia yang mampu membuktikan animasi negara kita jugak xkurang hebat nyer. dah jugak aku tabik jugak kat diorang nih kerana mampu menghasilkan kartun yang berkualiti dan tak pulak melupakan nilai2 kemelayuan & kebudayaan negara kita. tambah lak skang nih aku tengok kartun yang karut marut makin belambak kat TV. doreamon ler, naruto ler, otromen ler, dan tah ape2 lagik ler kartun superhero aku tengok kat TV tuh. patut ler rosak minda anak2 melayu skang nih. aku 'salute' ler kat semua tenaga produksi yang menghasilkan kartun tuh. simple dan jalan cerita yang menarik. patut nyer kartun2 macam tuh ler banyak kat dalam TV. bukan kartun merepek jor.... lopeh nih korang buat plak kartun tuh jadik setongah jam yerk.... buleh ler aku patah balik ke zaman era kartun nih.... ces... dah tuo pun layan kartun.. ape daa!!!

Monday, September 22, 2008

Makan...


musti kowang terperanjat nengok makan yang bersepah kat atas meja tuh. jangan heran.... sumer makanan tuh hanya dimakan oleh 4 orang yang mane perot diaorang hampir menyerupai 'anaconda' sepisis ulau sawa yang terbesar kat amazon tuh.

arakian nyer sabtu lepas (20/09/08), akibat kemaruk nak makan ikan bakar, aku dan beberapa kengkawan aku telah meng'set'kan satu cadangan untuk berbuka kat melaka. haa.. tempat atau port ikan bakar yang 'fames' kat melaka iaitu umbai.

menu of the day:
1. ikan siakap 3 rasa
2. udang bakar
3. pari bakar bercili
4. ketam masak butter (pergh... xmasyuk manis rase nyer)
5. sepinggan kepah (ker... kupang. aku pun xsure name nyer)
6. sotong goreng tepung
7. nasik lemak sebakul

lepas daripada tuh.... secara 'kompom' nyerlah masing2 malas nak drive balik KL. kitaorang balik KL dengan masing2 berat badan bertambah. errr... sepatut nyer pose bukan bole turunkan berat badan ker???

Sunday, September 7, 2008

Gulai Lomak Daging Salai

lepas aku kene stranded kat kuantan seminggu, aku puasa 2 hari jer kat rumah ngan family sebelum aku gerak pegi penang isnin nih (esok ler tuh...) mule la terase mengidam nak makan masakan negori sembilan. ni pun lepas kes aku bace entry si brader lym yang dengan eksyen nyer die memperagakan gulai daun petai dier tuh. nih bukan kes 'stereotype' entry. tapi terliur aku nengok masakan kak anne tuh.... nak di jadikan cerita dulu mase aku kecik2, kak anne baru datang KL nak mencari rezeki kat sini. maka dia pun duduk ler dgn family aku. mase tuh dia blum lagik mempunyai sebarang skandal dgn sesisapa apetah lagik dgn brader lym. penah jugak ler kalau kak anne hari minggu masak untuk family aku. perghhh... mmg aku dari kecik lagik dah tau masakan kak anne nih mmg menyengat. huhu... kasik up sket kak anne... untung ler bang lym kite... hehehe...

berbalik pasal cerita mengidam aku yang tahap melampau tuh, aku mintak tolong (ayat lebih manis dari 'suruh') mak aku masakan satu lauk 'pebret' aku... GULAI LOMAK DAGING SALAI. pepagi lagik mak ngan ayah aku tuh dah ke pasar beli daging. hehehe.. macam biase ler.... aku masih lagik berselimut... 'zzzzzz'

lepas diaorang balik dari pasar, part aku ler nak menghidupkan api & menyalai daging tuh.

arang dinyalakan dan lopeh tuh kene tunggu sampai dia jadik bara yang merah menyala

daging yang telah siap disalai.... nampak sodapkan????

lopeh daging tadi disalai sampai koring dan separa masak, ianya dipotong sebosar 2 jari (lobih kurang ler saiz eh...)

ni plak 'sparring' partner bagi daging salai tadi.... belimbing buloh

lopeh tuh, akitiviti memasak dimulekan ler... aku xsempat tengok sebab aku dah terlelap balik lopeh menyalai daging tadi. tup..tup aku bangun tido jerk aku tengok dah siap jer lauk tuh.

huhu.. nampak sodap tak lauk tuh?? perghhh memang berasap. ni lah ghupo eh GULAI LOMAK DAGING SALAI + BELIMBING BULOH

juadah berbuka puasa yang memang sllrrrrppppp....... musti brader lym agak jeles melihatkan masakan yang menjadi salah satu ikon bagi masakan negori sembilan nih. ini kalau kono dengan nasik paneh yang tongah berasap nih.... perghhhh memang terangkat.

Saturday, September 6, 2008

kisah ramadhan...

ramadhan kali nih sangat la mencabar bagi aku... sbb bile monthly schedule aku kuar jerk aku pasti garu kepala. bile melihat kelibat bulan 9 punye monthly schedule aku pun naik pengsan. di hari ke-2 puase jerk aku diperintahkan ke Kuantan selama seminggu. ni pun aku baru jer balik dari kuantan. pas tuh aku balik berpuasa bersama family 2 hari jer... then minggu depan aku kene pi penang plak. seminggu lagik. aduyai... lemah badan... xcukup tuh minggu ke 3 puasa aku bakal diterbangkan ke sibu dan seterus nyer ke kuching. penuh full lah aku puasa di perantauan. dan ader gak baik nyer.. huhu rezeki aku la dibulan raye nanti. claim banyak ler yang masyuk... ala rezeki anak2 buah aku. anak sendiri xder lagik. sat gi 1 hari raye nanti berderet ler beratur mintak duit raye...

so yang best nyer dapat jugak aku melihat pasar ramadhan dan kemeriahan ramadhan di tempat orang. dapat jugak aku test juadah berbuke tempat orang. so ramadhan tahun nih sangat ler special bagi aku. hehehe... kekadang terpikir jugak... errrr... musafir dibolehkan berbuke yer tak??? huhu... ambik kesempatan betol aku nih. anyway... mari lah same2 kita mencari keberkatan ramdhan tahun nih. amin...

Monday, September 1, 2008

Salam Ramadhan


Perkataan yang cantik adalah ALLAH, Lagu yang merdu adalah AZAN, Novel yang menarik adalah AL-QURAN, Senaman yang baik adalah SOLAT, Diet yang mujarab adalah PUASA....


Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Sunday, August 31, 2008

Selamat Hari Merdeka....


The effort for independence was spearheaded by Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, the first Prime Minister of Malaysia, who led a delegation of ministers and political leaders of Malaya in negotiations with the British in London for Merdeka, or independence along with the first president of the Malayan Chinese Association (MCA) Tun Dato Sir Tan Cheng Lock and fifth President of Malaysian Indian Congress Tun V.T. Sambanthan. Once it became increasingly clear that the Communist threat posed during the Malayan Emergency was petering out, agreement was reached on February 8, 1956, for Malaya to gain independence from the British Empire. However, for a number of logistical and administrative reasons, it was decided that the official proclamation of independence would only be made the next year, on August 31, 1957, at Stadium Merdeka (Independence Stadium), in Kuala Lumpur.

"article taken from www.en.wikipedia.org"

Happy Birthday

ucapan selamat hari lahir yang jatuh nyer pada 31/08/2008 buat teman, sahabat, rakan, penasihat, penyokong, penghibur dan segala2 nyer. tapi bukan aweks mahupun merangkap makwe aku. ucapan selamat hari lahir yang ker 31 (hehe dah tue ler ko nih...) untuk Zulianah Kasim. moga dipanjangkan usia dimurahkan rezeki...

Tuesday, August 26, 2008

Tahniah...

aku ingin mengucapkan tahniah kepada pemenang-pemenang Pertandingan Kemahiran Proton 2008.

1st place : Mohd Shahrir Abu (Edar Puchong Service Centre)

2nd place : Erwan Ali (Edar 3s Plentong Service Centre)
3rd place : Norazharizan Ismail (Edar Centre of Excellence Service Centre)

tak dilupa juga kepada ketua jurulatih En Irwan Salim kerana berjaya membimbing pasukan dari Proton Edar menggondol 3 tempat teratas. Juga kepada jurulatih2 lain yang membantu... hehehe aku ler dan jugak En Azizan Idris. usaha kalian semua amatlah dihargai.

memetik ucapan Menteri Kerjaraya semasa upacara pembukaan

" Di dalam pembangunan sektor automobil yang semakin berkembang pesat ini, kita sangat memerlukan lebih ramai tenaga2 mahir bagi menampung keperluan negara supaya mampu terus bersaing dengan negara2 maju dalam sektor automotif "


gambar pemenang-pemenang bersama jurulatih

duduk dari kiri: norazharizan, irwan salim (ketua jurulatih), mohd shahrir, erwan ali
berdiri dari kiri: shahril adzmy (jurulatih), mohd azizan (jurulatih)


Tuesday, August 19, 2008

Pertandingan Johan Kemahiran Malaysia











Dari 21/08/2008 hingga 24/08/2008 nih akan berlansunglah satu pertandingan yang diberi nama Pertandingan Johan Kemahiran Malaysia anjuran Jabatan Kemahiran Malaysian & Jabatan Kerja Raya. Pertandingan akan berlansung di Pekan,Pahang. Pertandingan akan dirasmikan oleh YB Dato' Ir Md Zin Mohamad, Menteri Kerja Raya dan majlis penyampaian hadiah disampaikan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak, TPM Malaysia. Pertandingan merangkumi pelbagai kategori.

Sebagai penaja bersama, PROTON jugak menghantar peserta untuk bertanding didalam pertandingan nih. Dan sebagai wakil dari kontijen PROTON, huhu.... aku dihantar untuk bersama peserta2 mewakili PROTON ke pertandingan nih ke Pekan. Haduss... seminggu ler jawap nyer aku outstation. So kepada peserta daripada PROTON (termasuk aku sekali ler...) SELAMAT BERJAYA!!!!