Daisypath Anniversary tickers

Monday, June 23, 2008

Family Day `2008

buat pertama kalinye selepas tah beberapa tahun tah... company aku (PROTON) mengadakan family day di sunway lagoon theme park. seawal pagi jam 7.45 pg aku dah mula menunjukkan muke kat sane. banyak acara yang telah disediakan untuk staff2 PROTON yang setia. dan yang paling best skali adelah cabutan bertuah dier... huhu aku pun bukan nak pegi sane untuk mandi. sebenor nyer berangan nak bawak balik PROTON PERSONA. antara hadiah yang disediakan oleh company aku untuk cabutan bertuah tuh adelah sebijik PROTON SAGA, pekej umrah untuk 2 orang, percutian ke bali, percutian ke jakarta & hadiah utama dia adalah PROTON PERSONA. disamping beberapa barangan elektrik untuk dibawak pulang...

hehe 'wrist band' yang menunjukkan Hari Keluarga PROTON 2008. nak kire brape ramai staff proton nih, mmg xterkira. semua warga proton beramai2 berkumpul di sunway lagoon. staff dari plant tanjung malim, proton shah alam (main plant & mvf), proton edar & jugak anak2 syarikat dier proton commerce & miyazu...















lautan manusia yang membanjiri sunway lagoon theme park... mak aiiii... ghamai gilo rupo eh staff proton nih.... dek kerana ramai sangat, aku sampai hilang selero nak mandi... aku pikir baik aku mandi kek umah macam nih... so last2 aku layan roller coaster jerk la.

hik...hik... snap shot. mangsa banjir yang ditempatkan di pusat penempatan sementara. huhu jgan mara ar rose... ni gambar yang sempat aku curik. si rose kerani kat tampat aku. sangat setia memangku anak dier yang keletihan.

so aku mula gerak dari sunway lagoon semalam lebih kurang jam 3.00 ptg. akibat lautan manusia kepala aku pun naik pening. ups... lupe lak aku nak bagi tau... aku pulang dgn tangan kososng. jgn kata kereta... tayar kereta pun aku xdapat.. huk..huk..

Sunday, June 15, 2008

Selamat Hari 'BAPAK'


aku ingin mengucapkan 'Selamat Hari Bapa' kepada semua bapak2 kat malaysia nih biarpun aku blum lagik menjadik bapak. tapi aku pi Indonesia diaorang panggil aku 'bapak' jugak....

aku ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada ayah aku yang telah banyak berkorban demi masa depan dan kejayaan aku... biarpun aku nih xla berjaya maner pun. TERIMA KASIH AYAH...

dan kepada semua bapak2 kat malaysia teruskan usaha kalian semua tanpa rasa jemu. anada lah 'super hero' kepada anak2 kalian semua...

errr... bilo plak aku nih nak jadik bapak yerk????

Monday, June 9, 2008

Hajat yang ter'BANTUT'

huaaaa.... dgn sedih nyer aku terpaksa mengumumkan bahawa hajat aku untuk membeli sebuah Digital SLR Camera terpaksa aku lupekan buat sementara waktu nih...

2-3 hari nih dok menung sambil membuat congakan & perhitungan, aku terpaksa memberi laluan kepada sebijik 'kapcai' untuk di beli dahulu. dengan kos aku yang semakin meninggi nih, aku terpaksa menunggang sebijik kapcai bagi mengurangkan kos perbelanjaan aku. kos yang hampir mencecah RM40 sehari utk minyak dan tol sahaja, aku kene la mengambil langkah drastik dgn mengurangkan kos aku sebanyak 25%. kalau tak gamak nyer xder duit simpanan aku. itupun kalau aku berhajat nak 'kawen' la.....

so ape pun ucapan aku untuk CANON EOS 350D....

SELAMAT TINGGAL!!!!



dan kepada 'En Kapcai', tungguuuu...... kaulah 'pooojaaaaannnnn' hatiku.

Sunday, June 8, 2008

Kick Off


Preeettt.... tiupan wisel berbunyi menandakan sepak mula kejohanan 4 tahun skali nih. musim xcukup tido pi keje pun bermula jugak. yang penting aku support JARMAN tahun nih...

Saturday, June 7, 2008

Totti

menjelang nye perlawanan pembukaan EURO 2008 ari ahad nih, aku teringat kat TOTTI. nih bukan 'Frencesso Totti' penyerang italy tuh... TOTTI yang aku maksudkan adalah seekor 'kuchen'. kucing nih milik sepupu aku. al kisah nyer sepupu aku nih mmg la minat sesangat kat seekor binatang bernama 'kuchen'. dalam kes yang sama dia nih pun minat dgn sukan bola sepak termasuk la arwah pak ngah aku... addicted dgn bola sepak. so kebanyakkan kucing yang diaorang bela sumer nama pemain bola sepak. yang paling aku ingat ader seekor 'kuchen' nih adalah kucing kesayangan arwah pak ngah aku, name kucing tuh 'Lampard'... tapi sayang nyer kucing tu akhir nya 'kiok'....

okay berbalik cerita si TOTTI nih tadi... kucing warna oren putih yang cukup gemok... bulu dia pulak mengalahkan kucing parsi. tp aku xtau la nih kucing parsi ker tak. aku nih bukan la expert sgt dlm arena 'kuchen2' nih. so aper yang aku nak share kat sini, layan je la beberapa aksi si TOTTI nih tadi... tapi EURO 2008 tahun nih aku support GERMANY.





Friday, June 6, 2008

RM 50???

cube korang perhatikan betol2.... korang rase brape lame nilai not kat seblah nih bole bertahan dalam poket korang... hrmmmm...

semenjak kerajaan mengumumkan harga baru kenaikan minyak semalam, aku mula terase effect dier kat aku.... not RM 50 tuh hanya mampu bertahan kurang daripada 24 jam kat dalam poket aku nih. aku rase xder aper pun yg aku beli.... nak kate aku boros idak juger... last2 aku dok kire2 balik.. baru la aku sedar bahawa bukannyer besau maner pun RM50 tuh. aku cube listkan balik aper yang aku dah buat dgn duit 'lima ploh hengget'.

1. duit minyak (gombak--usj--gombak) - RM 30 (11.09 liter)
2. tol (ldp h/way & elite h/way:kayu ara ke seafield) - RM 8 (RM1.60: ldp 2 hala + RM2.40 : elite 2 hala)
3. minum pagi (kat kedai mamak) - RM 2.10 (1 teh-o ais + roti canai...kosong jer)
4. makan tgh hari - RM 5.20 (nasik campur lauk ikan kembong goreng, sayur & telor asin + limau ais)
5. lepak minum tgh malam bersama kwn2 (kat kedai mamak jugak) - RM 2.80 (1 teh tarik + roti bakar)

TOTAL: RM 48.10

pergh... biar betol. perbelanjaan aku seharian mencecah RM 50 sehari. itu blom termasuk duit rokok aku lagik, duit makan malam (hehe nasib baik aku xmakan malam.... nk diet.. huhu) & duit perlanjaan persendirian (duit leisure la...xbole disclose kat sini)

itu baru semalam punya harge. bayangkan lagik 2-3 hari. bila harga barang semua naik & elektrik pun naik.. alamat nyer mau 1 roti canai berharga 'sehengget' lebih sekeping. dan mungkin jugak seekor ikan kembung goreng berharga RM3 seekor. dan yg paling best skali.... pi kedai mamak minum teh tarik, bila nak bayar harga dier RM 1.50....

last2 aper yang aku bole cakap....

"MALAYSIA BOLEH!!!!"


Thursday, June 5, 2008

Naik Minyak = Naik Hangin

semalam punye la aku hangin. mau nye tak hangin akibat pengistiharan kenaikan harga minyak semalam, semua kenderaan2 kat muke bumi malaysia nih berpusu2 keluar nak isik minyak. dan akibat nyer jalan jem teruk. jalan drpd LDP menghala batu caves smlm jem teruk. bayangkan jalan 3 lane bole jem teruk. rope2 nyer semua orang berpusu2 beratur nak isik minyak kat petrol station berhampiran taman metropolitan (tempat orang main layang2 tuh...) aku tersangkut dkt sejam kat situ. dah la tuh... nak masuk ke taman perumahan aku pon jem teruk. dah la sejak azali lagik kat dpn tmn perumahan aku tuh jadik port bas express nak ke pantai timur meng'ambik' penumpang. tambah la plak dpn tuh ader sebijik petrol station. perghhh..... nak jer aku letupkan petrol station tuh... brape lame la sangat diaorang bole pakai kereta tuh bile isik full tank. dan brape banyak la sagt diaorang bole save kalau isik malam tadi.

yang pelik dia si kenit kancil tuh pun nak menyemak. eleh... paling banyak ko bole pump kat dlm tank tuh pun 30 liter. 30X RM 0.78 = RM23.40. huk aloh nak save 'doploh tiga hengget' jer sanggup beratu panjang. %$&*^) btol... ko pi pasar malam pun xbole nak beli makanan untuk 1 family..... paling heran aku tgk.... sang motosikal pun sebok nak menyelit isik full tank jugak.... hampessss....

ni aku bagik alternatif kepada sesiape yang teringin sangat nak save minyak. ni lah cara yang paling berkesan yang aku rase dapat membantu diaorang..... pi kerja naik menatang nih....

siap ader space lagik bagik sesiapa yang berhajat nak berkongsi kenderaan

Monday, June 2, 2008

Si Danish...

pelik???? hahaha.. cube korang tengok muke jejaka kacak lagik hensem kat atas nih.... nampak macam dia 'usha' semacam kat sesuatukan? kekadang nampak macam xpuas hati pun ader... pada firast korang la... aper yang mamat nih tenung dgn tanda xpuas hati jer. aper yang sedang bermain di fikiran anak kecil ini?

haaaaa.. kalau korang nak tau aper yang ditenungkan oleh si'kecil' yg bernama danish tuh adalah 'BAPAK' dier. perilaku 'aboh' dier yang sedang melahap sup 'gearbox' dgn tidak mempedulikan samada makhluk mahupun tumbuh-tumbuhan disekeling dier. jejaka yg bernama 'rambo' (bukan nama sebenar) sangat asyik melahap tulang tuh... tgk la braper besau tulang dier. kelihatan seperti atlet sukan olimpik (tgk cap dier la... SHANGHAI 2008) sedang berlatih dalam acara marathon iaitu 'SAPER MAKAN PALING BANYAK'. maner idak nyer hangin si danish tuh. dah la xlayan dier, hulur pun tidak.

cube tgk bebetol antara connection antara 2 gambau tuh.. perhatikan gambar 1, tangan si danish seolah2 memegang sesuatu... pas tuh gambau 2, nampak tak tangan kecik yg sedang memegang bunga maggar tuh... haaa... tu tangan danish la. kalau korang nak tau, sang 'bapak' tadi hampir2 dilibas oleh si danish dengan bunga manggar tuh sbb xhulur langsung kat dier dan jugak orang yang bertanggung jawab meng'snap' gambor diaorang tuh...

kpd si bapak si danish... tanduk 'kobau' tuh xsedut sekali ker.. ekekeke

Hari yang penat...


Pada 01 Jun 2008 maka berlansung la majlis kenduri perkahwinan sepupu aku. majlis telah diadakan di kampung halaman aku, NEGERI SEMBILAN. arakian nyer bile bab sepupu sepapat nih nak kawen 'kompom' bermakna hari yang cukup penat untuk aku yang masih lagik belum kawen nih... kenapa aku penat??? ekeke macam biase la jadik petugas2 sukerelawan xbergaji atau dalam bahase negori diaorang dok panggil 'orghang pangkar'. satu tugas yang agak mencabar... mane mau nyer mencabar... 'melepakcabar' ader la...

so aku maleh la nak upload aper2 gambar or 'event highlights' untuk majlis tuh... cukup la sekadar aku promosi blog sepupu aku yang maner jugak merangkap abang 'ipor' kepada si pengantin lelaki. so untuk mengetahui dgn lebih lanjut. nak tau aper yang terjadik pada haiwan yg bernama 'kobau'?? bagaimana lauk pengantin boleh licin?? aksi2 silat piring dan kalau korang nak tau aper yang terjadik di sebalik tabir (blakang khemah la tuh...) silalah kik 'sini' and enjoy....