Daisypath Anniversary tickers

Friday, May 29, 2009

Convocation

Tahniah aku ucapkan untuk adik aku, si Linda atas majlis 'convocation'nya yang selamat berlansung semalam di Dewan Seri Budiman, Universiti Teknologi Mara Shah Alam. Tahniah sekali lagi kepada semua Graduan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Perakaunan.

Tapi yang dok mengherankan aku. Mengikut statistik yang diberi semalam, seramai 18,883 graduan yang terdiri dari Doktor Falsafah, Sarjana, Sarjana Muda & Diploma bakal menerima sijil masing2 sepanjang isdiadat Konvokesyen UiTM yang ke-70 bermula 26/05/2009 hingga 03/06/2009. Uishh... ramainya. Mana la depa2 ni semua nak berkerja nanti??? Cukup ker dengan sektor perkerjaan sekarang ni mampu menampung kesemua jumlah graduan tu dengan peluang pekerjaan? Memandangkan ekonomi yang semakin tidak menentu sekarang ni.

Apa pun aku bersyukur kerana mempunyai pekerjaan yang tetap dan agak stabil. Walaupun ramai kawan2 aku yang menjadi penganggur akibat diberhentikan kerja kerana kedudukan kewangan company diorang yang semakin tidak stabil. Harap2 la company aku tak buat macam tu... Kepada semua yang masih berkerja tu, kerja la rajin2. Jangan dok monteng jer. Dan kepada semua graduan2 yang baru jer lepas convo tu. SELAMAT MENCARI KERJA!!!


Friday, May 15, 2009

Its called MINDSET!!!

Petikan ni aku dapat dari teman2 aku yang meng'chain-mail'kan ke email aku. Mungkin cerita ni dah biase didengar tapi biarla aku nak berkongsi sikit cerita ni kat sini. Mungkin ada iktibar yang bole diambil dari cerita ni. So baca cerita tu dan amati isi kandungannya.

As a guy was passing the elephants, he suddenly stopped, confused by the fact that these huge creatures were being held by only a small rope tied to their front leg. No chains, no cages. It was obvious that the elephant could at anytime break away from the ropes they were tied to but for some reason, they did not. Then that guy saw a trainer nearby and asked why these beautiful magnificent animals just stood there and made no attempt to get away.

Well, he said “When they are very young and much smaller we use the same size rope to tie them and at that age it’s enough to hold them. As they grow up, they conditioned to believe they cannot break away. They believe the rope can still hold them, so they never try to break free.” That guy was amazed. These animals could at any time break free from their bounds but because they believed they couldn’t, they were stuck right where they were.

Like elephants, how many of us go through life hanging onto a belief that we cannot do something, simply because we failed at it once before? So make an attempt to grow further… Why shouldn’t we try it again?

So moral of the story, jangan sekali2 kita takut untuk mencuba kalau kita belum tahu lagi hasilnya. Dan kenapa kita jadi takut nak mencuba kalau kita sendiri pun xtau ape hasilnya. Yang penting untuk memajukan diri kita sendiri haruslah kita berusaha supaya kita peroleh hasil yang baik. Dan yang paling penting setiap usaha itu harus la disusuli dengan doa kepada Allah sw.t moga diberkati segala usaha yang kita lakukan.

"YOUR ATTEMPT MAY FAIL, BUT NEVER FAIL TO MAKE AN ATTEMPT"

Monday, May 11, 2009

Customer Action Team @ Northern

Last week, sekali lagi aku kene outstation. Minggu ke 3 berturut-turut outstation tanpa henti. Sampai tahap rumah dengan hotel pun aku dah xdapat beza dah. Kali ni aku tercampak nun jauh ke utara semenanjung.

Sebelum tu aku nak story sikit pasal C.A.T (Customer Action Team) ni dulu. CAT ni di wujudkan selama 100 hari selepas sesebuah kenderaan/model baru dilancarkan. CAT ni juga terdiri daripada 20-30 orang ahli dari pelbagai bahagian/kepakaran masing2. Daripada pihak R&D sehinggalah ke pihak Manufacturing/Assembly (Pemasangan) Tujuan asal CAT ni ditubuhakan adalah untuk memantau secara intensif ke atas model yang dilancarkan. Kali ni dah kali kedua aku telah terpilih untuk menjadi anggota CAT. Sebelum ni aku bersama dalm projek CAT untuk Persona. Selain daripada memantau secara lebih dekat, kami juga bertindak sebagai tikus putih (bahan uji kaji) dimana kami perlu menggunakan kenderaan tersebut se'maximum' yang mungkin. Ala2 testing la ni. So kalau ade ape2 complain terhadap kenderaan tersebut, kami2 ni lah yang sepatutnya akan jumpa dulu. Dan kalau terdapat complain/concern yang melibatkan issue yang besar, kami ni jugaklah yang bertindak menyuarakan kepada pihak management untuk tindakan yang lebih lanjut Selain dari menyuarakan sahaja, kami jugak lah yang kene perah otak memikirkan 'temporary solution' bagi setiap 'corncern yang dijumpai. Selain itu, kami jugak perlu memerhatikan keadaan kereta yang terdapat didalam showroom (display car) dan jugak keadaan test drive sentiasa dalam keadaan baik.

Exora berada di atas feri dari pulau ke Butterworth.

Lepas seminggu dok di Northern, badan pun dah naik lemau. Ape tak nya dah 3 minggu berturut2 aku merayau-rayau sekitar semenanjung. Tidur pun kurang. Ni semua sebab EXORA... Kepada mana2 yang belum lagi membeli EXORA... hehehe aku nak 'promote' sket la. Kalau keperluan ada menuntut utk menggunakan sebuah MPV. aku rase EXORA adalah pilihan pertama.....

Friday, May 1, 2009

Selamat Hari Pekerja...

01/05/09 hari yang telah di 'gazet' kan oleh kerajaan bagi menghargai semua pekerja2 di Malaysia. Xkira dari sektor awam, swasta mahupun yang berkerja sendiri. Kepada semua pekerja di Malaysia aku ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja... Selamat bercoti

Semoga anda semua lebih produktif dalam menjalankan tanggungjawab anda sebagai seorang pekerja yang berdedikasi. Kepada yang agak suke mengelat time waktu kerja. Berhati2 kang kantoi dengan bos.... sesama la kita pikir sendiri. Dan untuk mereka2 yang suke tido dalam setor time waktu kerja... Lain kali bawak sekali 'toto' dgn bantal masuk setor.