Daisypath Anniversary tickers

Thursday, May 29, 2008

Kene makan ker ????


keratan akhbar nih aku dapat dari 'chain mail' bebudak opis aku hantar. kekadang aku heran gak aper xde keje ker diaorg nih dok rajin sangat meng 'foward'kan chain mail kat email aku. huh... makan gaji bute jer diaorang nih. opis mail aku nih untuk kerje bukan nak mengfowardkan 'chain mail' yg merepek dan lagi mengarut nih... huhu aku pun macam xder keje gak la meng'entry'kan dia dlm blog aku nih... hik..hik..hik ngate orang kunun aku pong 2X5 makan gaji bute...

berbalik kepada keratan akhbar diatas. aper dah xder mende lain ker nak makan.... ader ker bahan buangan di katekan berkhasiat... cess xbertamadun betol doktor yg buat kenyataan tuh. aku ingat aku nak belanjer doktor tuh makan 'taik idung aku masak kicap' nak tgk sanggup ker dier nak telan.

aper2 pun "KORANG PIKIR LA SENDIRI"

Wednesday, May 28, 2008

Recce to Perak

27/05/2008 ari tuh aku bersama rakan2 sekerja aku telah diarahkan untuk pi me'recce' satu trek di kampung gajah, perak sbb kene adakan 1 event defensive driving.

seawal pagi jam 8.30am kitaorang bergerak ke destinasi yang di tuju. untuk mendapatkan pemandangan yang lebih enak & 'chantek' jalan lame lah menjadi pilihan. kitaorang mmg jenih yang malas nak ikut tol2 nih. save la sket... so 'route' yang menjadik pilihan adalah ulu yam menuju ke tg malim. sbb mmg dah bercita2 nak layan break fast kat restoran 'febret' di tanjung malim, RESTORAN SEPAKAT. restoran minang yang cukup menjadik 'febret' dikalangan staff 'Proton' baik dari Plant Tg Malim ataupun di blah KL nih.


lepas melayan sepinggan nasik lemak & beberapa ketol karipap, kita orang meneruskan perjalanan menuju ke kg gajah. melalui slim river ---> trolak ---> bidor ---> teluk intan ---> kg gajah.

lepas tuh plak aderlah sorang nih kate dier 'local sitijensip' dia bawak ler kitaorang nih jalan 'shot kat' melalui bebrapa buah kampung dan menuyusuri tali2 air di kiri kanan jalan. sampai tahap masuk kebun kelapa sawit orang tuh... jalan yang agak2 muat2 sebijik kereta jer. lalu kat tengah2 sawah orang. pun jalan yang 'ngam2' sebijik kereta jer lepas. agak2 kalau nak berselisih dgn kereta dr arah dpn, mau salah sorang terjun dlm tali air. so layan la beberapa gambar yang sempat aku 'snap' melalui camera aku (err... SLR aku tuh blum belik lagik. nih gambar digital camera biase jer.)





dalam lebih kurang pukul 1.30tgh kitaorang sampai la di trek kampung gajah. destinasi yang dituju. trek nih antara trek 'febret' dikalangan pelumba cub prix. trek sejauh lebih kurang 1.2 km jer nih dgr cerita dimiliki oleh anak kepada Ramli Ngah Talib (salah sorang menteri la.. tp aku xtau menteri aper) trek nih diilhamkan bagi mengatasi masalah 'lumbe haram' dikalangan budak2 kampung. jgn ingat trek nih 'kokak' jer. trek nih jugak menjadi pilihan Tg Djan Ley, ikon 'Panadol Actifast' yg jugak drifter terkenal kat malaysia nih. dia slalu dtg bawak2 geng2 drift dier sewa & drift kat sini. dan dia jugak slalu buat event kat sini. so aku sempat la melayan beberapa lap kat dlm trek nih berpandukan tunjuk ajar cikgu aku, En Mohamad Redzal Umar. beliau mendapat latihan drpd Lotus Engineering di UK dan antara orang yg bertanggung jawab membawak balik mesin2 di LOTUS UK ke malaysia untuk meng'setup' kereta2 Proton. orang yang paling arif dalam Ride & Handling terutama skali kereta malaysia. dia jugak orang yg telah meng'setup' kereta2 proton bermula Satria GTi, Proton Gen.2, Satria Neo & jugak Savvy. kalau sape2 pemilik Proton yang rase kereta nih sedap & best mase layan corner.. hihihi... cikgu aku la yg setup kereta tuh. dia jugak salah sorang yg setup race car dan jugak berpengalaman menjadi pemandu 'racing'.



antara shot2 yg sempat aku petik kat dalam trek. kalau korang terase nak layan dalam trek nih xmahal. 1 hari dia caj RM 2500 jer.

jangan salah sangka ni bukan 'potret' dato' K. ni lah rope cikgu aku. kalau korang nak tau ni lah muke orang yang bertanggung jawab meng'setup' kerete2 PROTON. kalau korang rase handling kereta proton best.... ni la muke yang bertanggungjawab menjadikan kete tuh best. hehehe... jgn mara ar brader redzal... ter'promote' muke brader yg ala2 dato' K tuh..

lepas jer dari aktiviti di trek tuh. kitaorang pun bergerak meng'usha2' resort2 yang berhampiran untuk dijadikan penginapan bagi peserta2 kursus tuh nanti. nanti aku post yg lain plak promote resort tuh.

jalan punya jalan. mau dekat pukul 11 malam gak aku sampai rumah balik. dan sebelum tuh aku nak kasik korang layan beberapa keping gambar kerang bakar yang kita orang bedal untuk diner malam tuh. kitaorang makan kerang bakar fresh kat Pantai Remis, Kuala Selangor




Friday, May 23, 2008

Impianku....

mende nih adalah projek terbaru aku. aku tengah kumpul duit nak beli menatang nih. nak tau menatang aper???

haha... Digital SLR camera. ader beberapa brand yang aku dok survey 2-3 hari nih... dan ader 2 brand yang ader dalam minda aku nih...

salah satunyer adalah Nikon D60. SLR terbaru yang dok kuar dalam ikan TV tuh. camera dier agak menarik dgn quality gambar 10.2 MP dan mampu menyimpan image paling besar 3872 X 2592. nak lebih detail klik 'sini'

nih lah 'rope' Nikon D60. harga dia yang aku dok survey paling rendah aku dapat offer RM 2,300 dgn ader la acessories tambahan lain yg dier bagik. ermm bole tahan gak rege dier. dan brand yang lagik satu adalah Canon EOS 305D

quality gambar plak 8.0 MP jer dan bole simpan image paling besar 3456X2304. nak detail lanjut klik 'sini' harge dier plak aku dapat dalam RM 1,800 + extra accessories yg lain la.

harga kedua2 camera nih dia datang dgn standard lens la... nak wide zoom aper ker... kene la tambah duit.

errmmmm.... maner satu la pilihan hati aku nih. tgk la ikut bugdet baru ader dlm RM1,XXX jer nih untuk camera. nikon tuh nampak menarik. skang aku tgh dok merisik2 kengkawan aku dr majalah2 permotoran kat malaysia nih yang mane satu diaorang prefer. hehe.. xnak la terburu2 kot2 salah beli plak. so nantikan la akan datang pasti nyer gambar2 dalam blog aku nih pastinyer lebih gempak dan canggih... dan pasti nyer brader halym akan tercabar dgn 'toy' baru aku nantik... huhu

Friday, May 16, 2008

Tahniah Azahar Adzmy!!!

semalam (15/05/2008) jugak aku satu keluarga menerima 1 perkabaran gembira dari pantai timur. abang aku yang sulung yang aku dok panggil 'abang ala' telah mendapat anak beliau yang kedua.

seorang bayi perempuan seberat 3.5kg telah selamat dilahirkan di hospital kuala terengganu lebih kurang jam 8 malam tadi.

arakian nyer, aku pun mendapat anak buah aku yang kedua la... dan mak bapak aku pun mendapat cucu yang kedua nyer...

kepada baby yang belum mempunyai nama tuh aku nak ucapkan "WELCOME TO THE FAMILY" biarpun aku tau bukannyer dia paham pun maksud nyer.

Dah sembuh

semalam, 15/05/2008 nenek aku yang aku dok panggil uwan telah dibenarkan pulang a.k.a discharge dari HKL selepas lebih kurang 14 hari dirawat. Alhamdullilah berkat doa keluarga & rakan2 semua & kuasa Allah s.w.t beliau sembuh walaupun tak la 100%...

tapi agak mengerikan la aku tgk bile hospital tuh dgn rase baik hatinyer memberikan beberapa bungkus ole2 untuk dibawak pulang sekali. kalau aku nengok pun xlarat siol. kire2 mau dekat 10 bijik pil ubatan2 yg nak kene telan. kalau sehari kene ambik 3 kali, dah 30 bijik pil yang masuk dalam perut... 'chacen2' dlm perut pun buleh bukak farmasi dalam usus woooo..

melihatkan bil semalam, agak buleh tahan la mahal nyer. yang paling 'kuang hajor' skali ader 1 item tuh dia caj untuk session physioterapi. ape kebende physioterapi yg diorang buat kalau setakat memimpin tangan uwan aku & berjalan sejauh beberape meter je.. aku pun bley buat... cesss sungguh tidak berpuas hati... tapi nak cakap byk pun xgune kan... bil tuh pun bukan aku yang bayar. huahahaha...

Monday, May 12, 2008

Motor Baru

entry nih aku crate khusus untuk cousin aku (brader halym) atas ketibaan asset terbaru dier... ade desas desus menyatakan bahawa secara rasmi nyer satu lagik barisan asset yang dah dia miliki oleh nyer tiba. sebijik motor 'YANG MAHAL' 150 Lan-C ('lansi' adalah satu kalimat yg dipinjam khas dr bahase cine yg bermaksud 'eksyen')

cayalah bro... moga2 dgn ader nyer family baru tuh plak jgn la si 'jentu' tuh diabaikan... ekekeke...
tp yang mengherankan aku ape pasal masih lagik tidak kelihatan entry mahu pun gambau motor baru dia di'pratuntun'kan kepada umum dlm blog dier... bung lym sorok motor ker??? huahahaha

ape2 hal pun TAHNIAH!!!! dan selamat menunggang moto baru dgn berhati2. jadilah pengguna jalan raya yang bijak....

Monday, May 5, 2008

Aku yang sebok...

mungkin lame aku tak meng'apdate' blog ni.. al-maklum la seperti catatan brader halym dlm blog dier uwan aku yang maner merangkap uwan mertua (ader ker pangkat nih) kepada brader halym dikerjarkan ke hospital atas serangan jantung dan beberape komplikasi kesihatan yang lain. so aku agak sebok la bergilir2 menjaga dier dihospital. so 2-3 hari nih agak letih jugak la dan hampir xder mase aku nak mengenangkan blog aku nih. so marilah kita bersama2 menyedekahkan AL-FATIHAH kepada uwan aku (jugak uwan kpd 'mem' brader halym) moga dgn pahala AL-FATIHAH itu boleh menyembuhkan penykit beliau & jugak memberikan kekuatan kepada beliau bagi menghadapi ujian drpd ALLAH s.wt.... AMIN.....