Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 31, 2009

Rangkuman 2009

Tirai 2009 bakal berlabuh. So aku rase baiklah aku rangkumkan semua apa yang dah berlaku kat aku sepanjang tahun lepas. Ni pun sebab aku baca surat khabar pagi ni. Aku nengok banyak rangkuman yang diaorang buat sepanjang tahun baru.

Memula sekali perkara yang terbesar berlaku dalanm hidup aku adalah tahun ni jugak la kau bergelar tunangan orang. Huhuhu... selama ni aku dok asyik pergi majlis pertunangan orang jer. Ni aku plak yang bertunang... Gagaga. Tahun ni jugak la aku berjaya menamatkan pembelajaran aku sebagai pengajar bertauliah oleh Boxhill Collage, Victoria Australia. Ni ni bukan sijil nak jadi cikgu sekolah tu, walaupun ditauliahkan sebagai pengajar bertauliah. Tapi sebagai Certified Vocational Education Instructor. Tapi sijil ni aku xbuat kat Australia pun. Buat kat Malaysia jer. Sijil tu jer dikeluarkan di sana, blajar nyer disini. Tapi pengajarnya 'omputih' ler.

PROTON EXORA pun dilancarkan dalm tahun 2009 jugak. Aku secara lansung terlibat sebagai salah seorang ahli Customer Action Team. Paling best selepas 100 hari EXORA berada diatas jalan, aku pun menerima satu surat penghargaan dari Managing Director atas sumbangan aku dalam memastikan EXORA menjadi salah satu lagi model yang mampu dibanggakan oleh rakyat Malaysia.

Antara memori yang agak indah la tahun ni... errrmmmm... bawak bakal2 adik2 ipar aku berjalan sehari suntuk di genting. Seronok la dapat jenjalan diaorang tuh. Baru2 ni plak aku berkesempatan ke Singapura bersama tunang aku, tu pun sebab aku berkunjung ke Johor. alang2 dah sampai ke JB aku lajakkan ke Singapore. Maklum le aku ni xpernah la ke Singapore. Tahun ni jugak aku diberi kepercayaan olen bos aku untuk melatih peserta2 dari pengedar2 kenderaan PROTON negara2 Asean (Brunei, Singapore, Taiwan, Thailand & Indonesia) dalam Pertandingan Kemahiran Malaysia bagi ketegori pengedar & pengeksport kenderaan PROTON yang julung2 kalinya diadakan disini. Pemenangnya adalah peserta dari negara Taiwan. Walau pada awalnya memang payah jugak la aku nak bercakap dangan mamat ni sebab haram jadah dia xpaham bahasa Inggeris. Dan aku plak mane la reti nak becakap bahase cine. Tapi lantak la dia dah menang pun.

Well apa pun aku kena tinggalkan 2009 ni dengan penuh memori yang indah. 2010 menanti dengan penuh cabaran baru yang mendatang. Tahun 2010, menantikan sesuatu yang lebih mencabar. Tanggungjawab yang sudah pastinya bertambah. Goodbye 2009.... Welcome 2010

Wednesday, December 30, 2009

Hantaran.... Oh Hantaran.....

Update dari persiapan aku untuk majlis perkahwinan aku. So far yang paling memeningkan kepala aku adalah hantaran. Baik dari segi wang hantaran mahupun dulang hantaran. Persiapan dulang hantaran aku.... Setakat ni aku dah pun hampir complete membeli semua hantaran yang aku nak bagi kat bakal isteri aku. Antara barang hantaran yang tertangguh adalah menatang yang ada kat bawah ni.



Nokia E71 antara barang idaman bakal tunang aku. xsampai hati lak rasenya aku nak menghampakan benda idaman dia nih. Ader sapa2 tau brape la rege latest menatang ni. Aku bab2 hanpone ni memang aku xupdate lansung.

Friday, November 20, 2009

Al-Quran sebagai hantaran...

Cerita menarik yang aku nak share kat sini aku dapat dari chain mail yang kawan aku fowardkan kat aku. Marilah kita renung2kan bersama iktibar dari cerita ni....

“Sayang, tengok nih. Cantiknya Al-Quran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil…

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu Al-Quran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari Al-Quran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian Al-Quran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan Al-Quran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Sa'ad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak… usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Sa'ad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Sa'ad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Sa'ad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad

Surah Ar Ra’d

“ Apa benda nih ” detik hati Nabil.

“ Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!! ” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“ Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A ’ uzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM… RAA.. ” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“ Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim ” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.

“ Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. ” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu..

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab Al-Quran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa ’ ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

Monday, October 19, 2009

A photographer named Trisno Quartris

Lama dah aku menggantungkan blog aku ni. So hari ni aku rase tangan aku dah gatal nak menulis balik dalm blog ni. Bukan ape, al-maklum la sejak 2 menjak ni aku agak sibuk dalam urusan kerja dan lebih2 lagi urusan peribadi. Sibuk la sket nak menguruskan urusan majlis perkahwinan aku yang cuma tinggal lagi 6-7 bulan jer dari sekarang.

Minggu lepas sekali lagi aku ke Johor Bahru bagi membantu menguruskan majlis disebelah pihak perempuan. Sebenarnya aku kene kerja kat sana. Alang2 dah ke JB, sekali la aku membuat persiapan kawin aku nanti. Antaranya aku dah pun booking jurugambar bagi majlis aku nanti.

Trisno Quartris. Memula aku sangkakan nama tu nama company dia atau pun nama glamer dia. Ghope2nya memang nama mamat tu dalam IC dia Trisno Quartris. Perghhh... unik btol nama dia. Dia bagi la sample2 gambar dia yang dia dah pernah ambik. Aku ni bukan la pandai sangat menilai seni gambar ni. Lebih2 lagi gambar photo ni. Tapi aku ader la baca skit2 tentang seni photografi ni kat internet. Well aku rase banyak shot2 dia yang aku rase unik dan menarik. Well brader Trisno aku nampak peramah dan aku senang nak bersembang dengan dia walau pun tu la first time aku jumpa dia. Tapi dia punya sembang macam dah lame kenal. Dan dia pun xlokek nak meminjamkan aku untuk try camera dia. Kepada pembaca blog aku ni aku nak promote la mamat ni sket. Kalau nak tengok shot2 kawin dia bole la lawati blog dia di http://trisnoquartris.blogspot.com/ dan aku rase dia charge aku pun xla mahal sangat kalau nak dibandingkan dengan photographer2 kat KL.

So aku rase banyak lagi benda2 yang xsettle. Adus aku pun dah start nak pening kepala memikirkan masih lagi banyak yang nak disettlekan. Anyway aku akan update lagi kalau ada masa kelapangan.. Adiossss

Saturday, September 12, 2009

Salam Ulangtahun

Salam Ulangtahun aku ucapkan buat insan yang bernama Lidya Hanum Aziz yang jatuh pada 12 September 2009. Semoga panjang umur dan di murahkan rezeki. Pesan aku untuk minah ni, jangan lupo sok dah kawen jaga laki tu elok2. Gagaga.... Happy birthday dear!!!!

Wednesday, September 9, 2009

Aku Budak Minang

Drama 26 episod yang dah lamo aku nantikan ni bakal ke udara 06 Oktober 2009 jam 8.30malam di TV2. AKU BUDAK MINANG (ABM) ni kartun 'feberet' aku zaman aku kocik2 dulu. Jam tu xmampu nak boli lagi majalah Gilo-gilo ni. So nak tak nak meminjam la pado sedaro maro, suku sakat mahupun kek abang sendiri. Dapek baco part kartun ni pun jadilah. Maso dulu la. Sakang ni aku dah pun memiliki koleksi buku ni dalam hard cover. Hehehe.. rege dia aku beli RM40.90 siap ado sign si pelukisnyo Ujang & ucapan ala kadar kepado peminatnyo.

Monday, August 24, 2009

08/08/2009

Mungkin cerita ni dah basi kot kalau aku update kat dalam ni. Tapi nak buat macam mana kesibukkan membuatkan aku terpaksa melupakan sekejap arena pem'blog'an ni.

So aku malas la nak sembang panjang2, straight to the point. Tanggal 8 August 2009 hari tu aku dah pun selamat ditunangkan dengan seorang gadis kelahiran Johor Bahru, Lidya Hanum binti Aziz. Maka bermulalah satu lagi lembaran kisah hidup aku. Dalam masa setahun ni la aku kene bersiap sedia dari segi mental, fizikal dan yang penting kewangan untuk aku melangkah ke satu lagi aras hidup aku sendiri.

Kepada semua pembaca setia blog aku, harap sentiasa mendoakan aku agar dijauhi gangguan dari syaitan yang sejak azalinya mahu meruntuhkan iman & taqwa anak2 Adam. Insya allah tahun depan aku jemput korang semua makan gulai 'kobau' Negori Sembilan.....

Monday, July 20, 2009

Perkenalan...

" Sori kacau u lg. U blk kl on thu so i thnk i nk collect the things on fri. If u free la. Tq"
SMS received 24 August 2008 from +60122xx8xx5

SMS tu la yang aku received kali pertama dari seorang wanita. Nak dijadikan cerita, awek ni tadi merupakan kenalan dari seorang rakan Satria GTi Clubbers. Kawan aku tadi mintak tolong kat aku carikan 1 parts yang si awek ni tadi dah hilang. So aku dengan ikhlasnya la mencari sumber2 aku untuk mendapatkan barang yang dimaksudkan oleh kawan aku tadi.

Akhirnya setelah sekian lama aku simpan barang tu. Aku dok ingat awek ni tadi dah xnak lagi barang tu. Nasib baik la aku dok simpan jugak barang tu. Petang 20 October 2008 pukul 6.20pm mempertemukan aku dengan awek yang aku cume berkenalan dalam talipon & buat appoiment nak ambik barang tu dah 2 bulan lamanya asyik dok postpone. Memula aku nampak satu Proton Savvy hitam masuk ke office aku sambil pegang talipon. Sah kompon awek ni kot. Pertemuan aku petang tu just 2 minit jer. Aku just pass jer barang tu ikut tingkap kereta dia. Dan tanpa tunggu.... dia terus blah. Hahaha... muke awek tu bole ler tahan. Tapi aku dapat rase ada daya penarik kat dalam diri dia untuk aku berkenalan lebih rapat. Ke aku jer yang senang cair tgk perempuan kot.... hahaha.. maklumla dah lame membujang. Kekadang jeles jugak tengok awek2 orang yang cun melecun. Desakan emosi jugak membuatkan aku terdetik untuk mengenali wanita. Mungkin jugak umur dah nak hampir penghujung 20an ni kot. Dan dah makin ramai kawan2 aku yang dah kawen dok cerita betapa bestnye kawen ni.

2 hari lepas tu aku meng'SMS' ler awek tu tadi. Point aku nak memulakan cerita sangat la senang. Modal aku ape lagi barang yang diterimanya tu la. Ok ker tak??? Hehe... Dia me'reply' plak SMS aku tu. Haha.. ader chance nak masuk jarum ni. Ayat punya ayat, aku berjaya mempelawa awek tu tadi diner. 23 October 2008 merupakan tarikh keramat sebab tu la for the first time aku pegi diner dengan awek tu. Huhu... berdebar beb. Dek kerana nervous sangat maklum le aku ni bukan selalu dating dgn pompuan, sampai aku bole dok tanya soalan yang sama 2-3 kali. Mengong betul...

Now selepas lebih 8 bulan aku mengenalinya, aku rase 1 perasaan yang aku xpernah rase sebelum ni. Orang putih kate 'HEPINESS'... Sekarang aku masih lagi berkawan baik dengan awek tu tadi dan aku ingin mengenali dia dengan lebih rapat lagi. Bagi aku sayang xkan datang tanpa hepiness dulu. Bila kita dah rase happy dengan seseorang tu baru kita jadi selesa. Bila hepiness dah ada, happy dah ada, selesa pun dah ada baru sayang tu datang....

Dan awal bulan 8 ni aku berharap yang ianya berubah menjadikan satu titik tolak dalam kehidpuan aku bagi menjadi hamba Allah yang lebih bertanggungjawab. Aku mengharap agar semua doa & usaha yang aku lakukan di berkati Allah. Amin.....

Monday, July 13, 2009

Balik Kampung

Biasa la di kala musim buah-buahan ni selalu2 la kita nampak ramai warga kota pulang ke kampung pada hujung minggu bagi menikmati kesegaran buah-buahan tempatan. Tak di lupa jugak bagi peminat2 buah-buahan tempatan yang mengambil kesempatan sanggup menumpang untuk balik ke kampung orang lain. Tak kira samada kampung isteri, kawan2 mahupun sedara mara. Itu bagi yang takde kampung yang mane sedia kala celik bijik mate jer dah nampak rumah batu di tengah2 kota. Tapi bagi aku yang sejatinya anak kelahiran Negeri Sembilan tentu-tentulah aku mempunyai kampung.

Ahad lepas, 12 Julai 2009 aku pun balik la kampung. Al maklum la dah lame xbalik kampung. Omak pun dah bising buah banyak nak kene turunkan dari pokok. Kalau tidak alamatnya makhluk ciptaan Allah yang berekor panjang tu la yang konyang.

Maka dengan terpaksanyalah aku balik kampung jugak walaupun pada kala ni poket aku mula menampakan rekahan menanti untuk koyak. Ye la aku perlu memikirkan event yang bagi aku lagi besar & beerti bagi hidup aku bulan depan. Event ape huh??? Gagagaga tunggu....

Cerita balik kepada musim buah-buahan tadi, biasela keje aku jadi berok memanjat segala mala pokok buah yang ade. Bermula dari rambutan, dan kemudian pokok pulasan membawak la ke pokok dukong (spesis kacukan duku & langsat)

Ni lah hasil yang aku dapat. Ni baru buah rambutan jer. Yang dalam plastik hitam tu bukan sampah tapi buah rambutan.

Yang ni pulak buah dukong yang aku idamkan. Pokok ni ditanam oleh arwah atuk aku kira2 berbelas tahun dulu. Dah berbelas tahun akhirnya pokok ni menampakan buahnya. Kira buah sulong la ni. Buah tu masih lagi belum cukup masak. Masih lagi ada buah2 yang menghijau. Tunggu la lagi seminggu. Kompon aku panjat bagi mengutip hasilnya.

Bagi sesiapa yang tidak mempunyai kampung harap2 jangan la terliur pulak nengokan buah-buahan tempatan yang sodap ni... Dan bagi sesiapa yang ada kampung dan xreti2 nak balik kampung bawak2 la ringankan tulang tu balik kampung sesekali memanjat pokok. Tu pun dah dikira senaman yang menyihatkan badan. Bersenam ni bukan setakat main badminton, main ping pong mahupun berjogging. Memanjat pokok pun bole dijadikan senaman yang menyihatkan. Selain dari mendapatkan hasil yang bole dinikmati bersama keluarga kekadang bole jugak disedekahkan kepada jiran2. Kan hidup berjiran tu baik. Perghhh... macam kempen 1 Malaysia jerk....

Wednesday, June 24, 2009

Sabah

Ngeh...ngeh... dah lama rasenya aku xmeng'update' blog ni kan. Nak buat macam mane. Sebulan dua ni aku rase amatlah sibuk. Bukan takde mase nak menulis, just terasa malas tu makin menebal dalam badan ni. Dan aku rase tak de item menarik yang aku nak syerkan dalam ni. Hampir setiap minggu aku kene outstation. Kira2 dalam bulan June ni jer, aku cume tido kat rumah 10 hari jer.

01/06 - 05/06 aku pusing2 kat utara tanah air. Tido 2 hari kat rumah. 08/06 - 13/06 aku tercampak pulak kat blah pantai timur. Balik jer dapat la aku berehat seminggu dok kat KL. Minggu ni plak sekali aku dihantar nun jauh ke Timur Malaysia.... SABAH negeri dibawah bayu. Huhu... tu pasal la aku snap gambar beg aku yang baru jer turun dari kapal terbang. So seminggu la aku kat Sabah ni.

Esok plak aku nak naik flight lagi ke Sandakan. Kira first time aku sampai sandakan. Dah hampir semua tempat aku dah pergi kat Malaysia ni kecuali Sandakan. Huhu.. orang kate Sandakan ni ader mutiara yang cantik2. Hehehe... buleh la aku beli untuk si 'dia'. Ader sape2 nak kirim mutiara????

Friday, May 29, 2009

Convocation

Tahniah aku ucapkan untuk adik aku, si Linda atas majlis 'convocation'nya yang selamat berlansung semalam di Dewan Seri Budiman, Universiti Teknologi Mara Shah Alam. Tahniah sekali lagi kepada semua Graduan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Perakaunan.

Tapi yang dok mengherankan aku. Mengikut statistik yang diberi semalam, seramai 18,883 graduan yang terdiri dari Doktor Falsafah, Sarjana, Sarjana Muda & Diploma bakal menerima sijil masing2 sepanjang isdiadat Konvokesyen UiTM yang ke-70 bermula 26/05/2009 hingga 03/06/2009. Uishh... ramainya. Mana la depa2 ni semua nak berkerja nanti??? Cukup ker dengan sektor perkerjaan sekarang ni mampu menampung kesemua jumlah graduan tu dengan peluang pekerjaan? Memandangkan ekonomi yang semakin tidak menentu sekarang ni.

Apa pun aku bersyukur kerana mempunyai pekerjaan yang tetap dan agak stabil. Walaupun ramai kawan2 aku yang menjadi penganggur akibat diberhentikan kerja kerana kedudukan kewangan company diorang yang semakin tidak stabil. Harap2 la company aku tak buat macam tu... Kepada semua yang masih berkerja tu, kerja la rajin2. Jangan dok monteng jer. Dan kepada semua graduan2 yang baru jer lepas convo tu. SELAMAT MENCARI KERJA!!!


Friday, May 15, 2009

Its called MINDSET!!!

Petikan ni aku dapat dari teman2 aku yang meng'chain-mail'kan ke email aku. Mungkin cerita ni dah biase didengar tapi biarla aku nak berkongsi sikit cerita ni kat sini. Mungkin ada iktibar yang bole diambil dari cerita ni. So baca cerita tu dan amati isi kandungannya.

As a guy was passing the elephants, he suddenly stopped, confused by the fact that these huge creatures were being held by only a small rope tied to their front leg. No chains, no cages. It was obvious that the elephant could at anytime break away from the ropes they were tied to but for some reason, they did not. Then that guy saw a trainer nearby and asked why these beautiful magnificent animals just stood there and made no attempt to get away.

Well, he said “When they are very young and much smaller we use the same size rope to tie them and at that age it’s enough to hold them. As they grow up, they conditioned to believe they cannot break away. They believe the rope can still hold them, so they never try to break free.” That guy was amazed. These animals could at any time break free from their bounds but because they believed they couldn’t, they were stuck right where they were.

Like elephants, how many of us go through life hanging onto a belief that we cannot do something, simply because we failed at it once before? So make an attempt to grow further… Why shouldn’t we try it again?

So moral of the story, jangan sekali2 kita takut untuk mencuba kalau kita belum tahu lagi hasilnya. Dan kenapa kita jadi takut nak mencuba kalau kita sendiri pun xtau ape hasilnya. Yang penting untuk memajukan diri kita sendiri haruslah kita berusaha supaya kita peroleh hasil yang baik. Dan yang paling penting setiap usaha itu harus la disusuli dengan doa kepada Allah sw.t moga diberkati segala usaha yang kita lakukan.

"YOUR ATTEMPT MAY FAIL, BUT NEVER FAIL TO MAKE AN ATTEMPT"

Monday, May 11, 2009

Customer Action Team @ Northern

Last week, sekali lagi aku kene outstation. Minggu ke 3 berturut-turut outstation tanpa henti. Sampai tahap rumah dengan hotel pun aku dah xdapat beza dah. Kali ni aku tercampak nun jauh ke utara semenanjung.

Sebelum tu aku nak story sikit pasal C.A.T (Customer Action Team) ni dulu. CAT ni di wujudkan selama 100 hari selepas sesebuah kenderaan/model baru dilancarkan. CAT ni juga terdiri daripada 20-30 orang ahli dari pelbagai bahagian/kepakaran masing2. Daripada pihak R&D sehinggalah ke pihak Manufacturing/Assembly (Pemasangan) Tujuan asal CAT ni ditubuhakan adalah untuk memantau secara intensif ke atas model yang dilancarkan. Kali ni dah kali kedua aku telah terpilih untuk menjadi anggota CAT. Sebelum ni aku bersama dalm projek CAT untuk Persona. Selain daripada memantau secara lebih dekat, kami juga bertindak sebagai tikus putih (bahan uji kaji) dimana kami perlu menggunakan kenderaan tersebut se'maximum' yang mungkin. Ala2 testing la ni. So kalau ade ape2 complain terhadap kenderaan tersebut, kami2 ni lah yang sepatutnya akan jumpa dulu. Dan kalau terdapat complain/concern yang melibatkan issue yang besar, kami ni jugaklah yang bertindak menyuarakan kepada pihak management untuk tindakan yang lebih lanjut Selain dari menyuarakan sahaja, kami jugak lah yang kene perah otak memikirkan 'temporary solution' bagi setiap 'corncern yang dijumpai. Selain itu, kami jugak perlu memerhatikan keadaan kereta yang terdapat didalam showroom (display car) dan jugak keadaan test drive sentiasa dalam keadaan baik.

Exora berada di atas feri dari pulau ke Butterworth.

Lepas seminggu dok di Northern, badan pun dah naik lemau. Ape tak nya dah 3 minggu berturut2 aku merayau-rayau sekitar semenanjung. Tidur pun kurang. Ni semua sebab EXORA... Kepada mana2 yang belum lagi membeli EXORA... hehehe aku nak 'promote' sket la. Kalau keperluan ada menuntut utk menggunakan sebuah MPV. aku rase EXORA adalah pilihan pertama.....

Friday, May 1, 2009

Selamat Hari Pekerja...

01/05/09 hari yang telah di 'gazet' kan oleh kerajaan bagi menghargai semua pekerja2 di Malaysia. Xkira dari sektor awam, swasta mahupun yang berkerja sendiri. Kepada semua pekerja di Malaysia aku ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja... Selamat bercoti

Semoga anda semua lebih produktif dalam menjalankan tanggungjawab anda sebagai seorang pekerja yang berdedikasi. Kepada yang agak suke mengelat time waktu kerja. Berhati2 kang kantoi dengan bos.... sesama la kita pikir sendiri. Dan untuk mereka2 yang suke tido dalam setor time waktu kerja... Lain kali bawak sekali 'toto' dgn bantal masuk setor.

Thursday, April 30, 2009

Back On Track

Pergh.. lame gile aku menyepi. Dan dah banyak rasanya event2 yang menarik aku xupload dalam blog aku ni. Banyak jugak perkara yang aku dah terlepas. So aku kira rangkumkan semua nya dalam 1 entry ni.

First sekali aku nak mengucapkan TAHNIAH kepada sepupu aku, Roszi kerana menimang cahaya matanya yang pertama. Sepupu aku yang sebaya dengan aku akhirnya menjadi bapak. Then ape cerita plak dengan aku?? hahaha....

Then aku nak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun kepada semua sahabat2 aku yang mane kalau aku terlupa nak buat sepesial entry untuk diaorang. 1stly untuk Kak Zana, Secrectary boss aku yang paling efisyen yang mana menyambut hari lahirnya bulan April yang lepas. Xlupa kepada mentor aku, En Redzal. Sepupu aku Izzah Hadirah yg menyambut hari lahir yg ke 15. Dan kepada mereka2 yang aku lupe nak letak mane dia kat sini. SELAMAT HARI LAHIR.

Tak lupa juga buat PROTON, kerana berjaya melancarkan produk terbaru yg diberi nama PROTON EXORA. Sebuah MPV pertama Malaysia yang dihasilkan oleh jurutera2 tempatan. Hasil penat lelah selama 18 bulan bagi menghasilkan sebuah MPV mampu milik untuk masyarakat Malaysia. Syabas!!!! Dan lepas launching jer aku dok la sebok menjadi sebahagian daripada response team yang diberi nama Customer Action Team (CAT) Jenuh la aku merayau ke merata Semenanjung Malaysia bagi melihat feedback yg diberi oleh customer. Selain dari memandu sendiri kereta tersebut pusing2 semenanjung. hehehe... kembang jugak la hidung aku bila aku sendiri memandu EXORA sehari selepas pelancarannya. Dengan bernombor pendaftaran pulak tu. wakakaka.. Nanti minggu depan aku update plak activiti aku di utara semenanjung bersama EXORA ni.

Dan akhir sekali. Kenapa la aku tak meng'update' langsung blog aku ni sampai berbulan2. haha.. salah satu punca utama adalah aku teramat la sebok mencari cinta. hehe... aku kira sampai la masanya aku memikirkan untuk melangkah ke 1 lagi tahap dalam kehidupan aku sendiri, berkeluarga. Mungkin sebab jeles tengok Roszi dah jadi bapak kot. wakakaka..... setakat ni patut la aku rahsiakan dulu siapakah gerangan yang aku maksudkan. Insya-allah sampai masa akan aku 'declare' dalam blog ni.

Sebelum aku menggantungkan 'keyboard' ni. Aku nak mengucapkan 'Selamat Maju Jaya' kepada mentor aku dalam arena pem'blog'an ni, Brader Halym. Aku selalu memantau blog dia. Nampaknya dia semakin 'sukses' dalam menghasilkan nukilan yang bermutu sejak ader domain sendiri ni. Chaiyokk Brader Lym!!!! Dan kepada sesiapa yang berani sangat menciplak karya2 cousin aku, vectorism. Pesanan aku, hargailah idea dan kreativiti orang lain. Jangan sesuka tengkok korang jer 'link' kan dalam website korang sendiri dan ambik credit sebagai penghasil logo2 vector. Busuk la perangai korang ni.....

Akhirkata... kepada semua supporters aku (ader ker??) Thank You.....

Friday, February 27, 2009

Freeze...

dek kesibukan dan jugak kemalasan tahap tertinggi aku telah membekukan blog aku ni. walaupun aku ada jugak la curik2 masa untuk 'ngelat' monteng kerja namun hati aku seolah2 menjadi2 malasnya nak meng'update' blog nih. ker aku busy dengan mencari jodoh... ehem...ehem...

so aku dah mula rasa ada sedikit kelapangan selepas Proton EXORA bakal muncul april ini. maka itulah petanda bahawa kesibukan aku berkurangan. hehe... so aku akan kembali bergiat cergas dalam arena pem'blog'an ni.

kepada supporter2 blog aku... thank you atas sokongan anda.

Tuesday, January 13, 2009

Linda dah 24 tahun!!!!

13/01/2009 aku nak mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada adik perempuan aku sorang nih Linda nama dia. Semoga kau peroleh kebahagiaan dalam hidup ko. Kami sekeluarga sentiasa mendoakan kejayaan untuk kau. Pesan aku.... mana dia duit gaji first ko. Bilo nak belanjo family makan??? Wakakaka....

Thursday, January 1, 2009

New Year 2009

2008 melabuhkan tirainya dan bermulalah tahun 2009 yang sememangnya menantikan cabaran yang lebih besar buat aku. Kenangan 2008 akan aku jadikan panduan dan pedoman untuk aku lebih maju di tahun 2009 nih. Tahun berganti tahun, usia bertambah dan kematangan diri harusklah aku tingkatkan. Cabaran dan rintangan tahun2 sebelumnya, jatuh bangun aku mengajar aku erti kepayahan hidup. Masih jauh lagi perjalanan yang nak aku tempuhi. Ermmmm.... soalan lazim yang orang tanya bila munculnya tahun baru. APA AZAM KAU TAHUN NI??? Dan apa pulak jawapan aku. Hehe... tah la aku pun xtau. Sebab dari dulu aku rase jarang aku simpan azam nih. Sebab biasanya bila apa yang aku rase nak buat & ape yang aku nak capai itulah azam aku. Kekadang tengah bulan aku buat azam, hujung tahun aku buat azam, tengah tahun aku buat azam. Pendek kata azam tuh ader tapi aku xbuat awal tahun. Dan macam biase la.... azam aku tiap2 tahun. Nak carik jodoh. Huhu.. moga diketemu aku dengan jodoh yang baik... Aminnnnn