Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 19, 2008

Tragedi November...

Bulan 11 nih kira bulan tragedi & bulan yang sangat la memenatkan. Dan jugak bulan kopak bagi aku. Al-kesah nyer bermula.....

02 November 2008: Aku diperintahkan oleh bos aku pegi Penang. Memandangkan company aku ader hubungan kerjasama dengan Kolej Komuniti, aku disuruh untuk memantau & membantu aktiviti training kat sane. Penginapan aku di Sunway Hotel, Seberang Jaya.

03 November 2008: Malam tuh aku tido lewat dan saje mengada2 nak surf internet pakai network cable yang disediakan di hotel. Malam tuh jugak peristiwa yang paling aku hangin sekali terjadi. PC aku 'kong'

07 November 2008: Aku balik ke Kuala Lumpur. Sampai opis jer aku terus hantar PC aku kat IT dept. Sebab aku nak pakai PC, aku diberi pinjam dahulu 'PC Old School' menengokan PC yang di bagi nih mmg aku rase stock bole hantar derma ke rumah anak yatim jer. Buat diorang belajar. Lambab nak mamposss!!!! Dan oleh sebab itulah aku pun secara rasminya menggantungkan blog aku sampai bersawang2. Rase malas nak online menengokan tahap kelembapan nyer.Expenses minyak & tol aku pegi balik... ranap RM400++

09 November 2008: Aku kene pergi ke Kuala Terengganu pulak atas reason & aktiviti yang sama... pemantau.a Seminggu lagi aku kat saner.

11 November 2008: Opis aku call suruh pergi balik ke Penang minggu depan atas tujuan yang sama jugak. Huh... mane lubang aku nak korek buat modal neh???

14 November 2008: Aku balik dari Kuala Terengganu. Masuk opis nak check PC aku dah siap ker blom. Sbb dah xsanggup rase nyer aku nak mengadap PC old timer nih. Nak on pun seksa. Kene carik plug point. Sbb PC nih battery dia dah 'kong' bole tahan pun 5 menet jer. Malangnya IT dept aku cakap, PC xsiap lagi. Sebab OS dia problem. Minggu depan baru siap. Perghhhh... Kene mengadap lagi la aku dgn PC lembab nih..... arghhhhh.... tensionnn. Belanja seminggu campur & tol.... ranap lagi RM300++

16 November 2008: Bermodalkan duit poket aku yang tinggal seredak jer nih... aku gerak pi Penang lagi sekali. Cuti sekolah punya pasal, hotel kat tanah besar (orang penang habaq blah sini... tanah besaq) dah fully book. Nak tak nak company aku campakkan aku kat Cititel Hotel kat pulau nuh. Aku kene berulang alik dari pulau ke Kepala Batas selama seminggu. Perghhhh... nak mengadap jem kat jambatan yang mengalahkan jem kat KL. Tobat aku..... dah la tu. Tol plak RM7 sehari. huh... crazy!!!!!

17 November 2008: Dek xtahan dengan kos harian yang makin tinggi. Aku paksa opis aku carik hotel di seblah tanah besar. Nasib baik aku dapat hotel kat Pearl View Hotel, Seberang Perai. Aku ingatkan settle la. Sampai depan pintu hotel. Nak check in plak problem. Sebab LOU (Letter of Undertaking) dari company aku diaorang xterima lagi, aku kene bayar plak dulu deposit RM250. Laaaa... maner plak aku cekop RM250 nih. Dalam poket pun ngam2 ader RM270 jer. Mau xmau aku hulur jugak la kat hotel tuh. Diaorang cakap, kalau esok dah dapat LOU dari company diaorang pulang balik.

18 November 2008: Pepagi lagi, 'opismate' aku Kak Zana SMS bagi tau yang surat tuh dah di faxkan ke hotel. Yahuuu... aku nak mintak balik deposit aku. Sebab ekonomi aku cukup2 makan nih, sangat la aku memerlukan duit deposit tuh. Buat isi minyak nak ulang alik hotel ke Kepala Batas. Nak dijadikan cerita, masa aku nak mintak balik deposit tuh diaorang xbagi plak. Kene tunggu sampai check out baru bole ambik. %^&*.... aku xpuas hati. Semalam receptionist tu kate bole. Hari ni kate xbole plak. Bertekak punya bertekak sampai aku jumpa dia punya Front Office Manager tuh akhirnya diaorang hantar duit tuh terus ke bilik aku. Tension lak ai.....

19 November 2008: Hari ni aku masih lagi kat Penang. Dan aku rase dah semak sangat rasenya kepala aku nih. Dah 3 minggu aku xdok rumah. Badan pun dah lemau dah nih. Argghhh... aku rindu nak tido kat atas tilam & bantal aku sendiri!!!!

Kiranya itulah kisah aku untuk November yang aku rase macam2 tragedi jadik kat aku. Yang pasti aku perlukan satu percutian yang amat menenangkan jiwa aku sendiri. Aku nak rileks.... Tapi nak pegi mane huh??? Tah la nanti aku pikirkan.... Ader sesape nak temankan aku pi bercuti????

Tuesday, November 11, 2008

*&%^$#(@?

oleh sebab aku nyer blog aku neh tiada sekatan tahap umur pembaca, maka tajuk kat atas tuh kene la cencored.

sebenar nyer aku tersangat la geram dan marah bile windows dalam laptop aku corrupted. kisah nih bermula minggu lepas apabila aku settle jer buat entry pasal kemenangan brader halym. nak dijadikan cerita minggu lepas aku kene pi penang atas sebab kerja. so aku pun menginap di Sunway Hotel, Seberang Jaya. haha... selamber jer aku dedahkan name hotel tuh. hotel tuh plak dalam bilik dia ader network cable yang mane adalah satu kemudahan bagi pelanggan dia untuk meng'acess' internet. aku pun dengan sesuke hati nyer pakai la network cable tuh. maklum ler speed laju. xkan nak gune 'broadband' aku plak. tetiba jer 'plap' padam screen aku. bile aku on balik jer, dia tulis 'windows files missing'

haram jadah... maner ader aku tekan button delete pun kalau nak kate aku terdelete files windows. so akibat laptop aku tu pun adalah subsidi dari company aku. maka kene la aku hantar balik laptop aku tuh ker IT dept aku. budak IT nih plak cakap ader jenis 'bug' yg makan & corruptedkan files window.

yang mengherankan aku xkan ler anti-virus aku xdetect. arghhhh... perlukan aku menukar brand anti-virus aku??? tapi yang paling aku hangin adalah kebanyakan file2 aku ader yang xdapat diselamatkan. argh... tension arrrr...

so aku maleh la nak cerita betapa geram & hangin nyer aku bile laptop kene format nih. akhir kata.... ^*?>%#$#*&@

Monday, November 3, 2008

Congratulation

TAHNIAH aku ucapkan kepado sifu ataupun lebih tepat lagik jejaka hensem lagik kacak En Halym atas kejayaan beliau menggondol tempat ke-2 dalam satu pertandingan maya yang telah dianjurkan oleh En Menteil. kepada yang xtau, brade lym nih merupakan sepupu aku yang mane dialah yang telah bertanggungjwab mengheret aku ke lembah pem'blog'an nih.

serba seket mengenai pertandingan tuh. pada hari kelahiran Encik Menteil nih, dier telah bermurah hati untuk menghadiakan 1 hosting dan domain yang berharga RM100 kepada penulis blog yg creatif menukilkan apa sahaja jenis entri mengenai diri beliau. lebih detail klik 'sini'

hasil tulisan kretif brader lym yang aku rase berbaur 'bodek' terhadap si mentail nih tadi berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan tuh. so tahniah atas kejayaan anda. lu memang sempoi. tak ku sangka kreatif jugak brader lym dalam menghasilkan entry yg begitu 'mantop' dan seterusnya mengenepikan beribu peserta lain.

bila dah ader hosting tuh nanti aku harap tulisan2 beliau lebih kreatif dan bermutu tinggi. seharusnya aku tidak sabar lagik menantikan kemunculan blog baru brader lym yang seharusnya pasti lebih gempak dan cun. kepada bang lym.... GOOD LUCK. pesanan ku kepada bang lym...
"lopeh ader hosting & domain sendiri nih xkan dok pakai 'dial up' lagik untuk update kot...hahaha"