Daisypath Anniversary tickers

Monday, August 24, 2009

08/08/2009

Mungkin cerita ni dah basi kot kalau aku update kat dalam ni. Tapi nak buat macam mana kesibukkan membuatkan aku terpaksa melupakan sekejap arena pem'blog'an ni.

So aku malas la nak sembang panjang2, straight to the point. Tanggal 8 August 2009 hari tu aku dah pun selamat ditunangkan dengan seorang gadis kelahiran Johor Bahru, Lidya Hanum binti Aziz. Maka bermulalah satu lagi lembaran kisah hidup aku. Dalam masa setahun ni la aku kene bersiap sedia dari segi mental, fizikal dan yang penting kewangan untuk aku melangkah ke satu lagi aras hidup aku sendiri.

Kepada semua pembaca setia blog aku, harap sentiasa mendoakan aku agar dijauhi gangguan dari syaitan yang sejak azalinya mahu meruntuhkan iman & taqwa anak2 Adam. Insya allah tahun depan aku jemput korang semua makan gulai 'kobau' Negori Sembilan.....