Daisypath Anniversary tickers

Monday, July 13, 2009

Balik Kampung

Biasa la di kala musim buah-buahan ni selalu2 la kita nampak ramai warga kota pulang ke kampung pada hujung minggu bagi menikmati kesegaran buah-buahan tempatan. Tak di lupa jugak bagi peminat2 buah-buahan tempatan yang mengambil kesempatan sanggup menumpang untuk balik ke kampung orang lain. Tak kira samada kampung isteri, kawan2 mahupun sedara mara. Itu bagi yang takde kampung yang mane sedia kala celik bijik mate jer dah nampak rumah batu di tengah2 kota. Tapi bagi aku yang sejatinya anak kelahiran Negeri Sembilan tentu-tentulah aku mempunyai kampung.

Ahad lepas, 12 Julai 2009 aku pun balik la kampung. Al maklum la dah lame xbalik kampung. Omak pun dah bising buah banyak nak kene turunkan dari pokok. Kalau tidak alamatnya makhluk ciptaan Allah yang berekor panjang tu la yang konyang.

Maka dengan terpaksanyalah aku balik kampung jugak walaupun pada kala ni poket aku mula menampakan rekahan menanti untuk koyak. Ye la aku perlu memikirkan event yang bagi aku lagi besar & beerti bagi hidup aku bulan depan. Event ape huh??? Gagagaga tunggu....

Cerita balik kepada musim buah-buahan tadi, biasela keje aku jadi berok memanjat segala mala pokok buah yang ade. Bermula dari rambutan, dan kemudian pokok pulasan membawak la ke pokok dukong (spesis kacukan duku & langsat)

Ni lah hasil yang aku dapat. Ni baru buah rambutan jer. Yang dalam plastik hitam tu bukan sampah tapi buah rambutan.

Yang ni pulak buah dukong yang aku idamkan. Pokok ni ditanam oleh arwah atuk aku kira2 berbelas tahun dulu. Dah berbelas tahun akhirnya pokok ni menampakan buahnya. Kira buah sulong la ni. Buah tu masih lagi belum cukup masak. Masih lagi ada buah2 yang menghijau. Tunggu la lagi seminggu. Kompon aku panjat bagi mengutip hasilnya.

Bagi sesiapa yang tidak mempunyai kampung harap2 jangan la terliur pulak nengokan buah-buahan tempatan yang sodap ni... Dan bagi sesiapa yang ada kampung dan xreti2 nak balik kampung bawak2 la ringankan tulang tu balik kampung sesekali memanjat pokok. Tu pun dah dikira senaman yang menyihatkan badan. Bersenam ni bukan setakat main badminton, main ping pong mahupun berjogging. Memanjat pokok pun bole dijadikan senaman yang menyihatkan. Selain dari mendapatkan hasil yang bole dinikmati bersama keluarga kekadang bole jugak disedekahkan kepada jiran2. Kan hidup berjiran tu baik. Perghhh... macam kempen 1 Malaysia jerk....

2 comments:

halym said...

oit durian takdo ko? dulu ponah ghaso durian kek belakang tu sodap gilor babas..

shahril adzmy said...

kalau nak cerito pasal durian la...
den raso boghok kek blakang ghumah tu dah kendurikan dulu.