Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 11, 2009

Customer Action Team @ Northern

Last week, sekali lagi aku kene outstation. Minggu ke 3 berturut-turut outstation tanpa henti. Sampai tahap rumah dengan hotel pun aku dah xdapat beza dah. Kali ni aku tercampak nun jauh ke utara semenanjung.

Sebelum tu aku nak story sikit pasal C.A.T (Customer Action Team) ni dulu. CAT ni di wujudkan selama 100 hari selepas sesebuah kenderaan/model baru dilancarkan. CAT ni juga terdiri daripada 20-30 orang ahli dari pelbagai bahagian/kepakaran masing2. Daripada pihak R&D sehinggalah ke pihak Manufacturing/Assembly (Pemasangan) Tujuan asal CAT ni ditubuhakan adalah untuk memantau secara intensif ke atas model yang dilancarkan. Kali ni dah kali kedua aku telah terpilih untuk menjadi anggota CAT. Sebelum ni aku bersama dalm projek CAT untuk Persona. Selain daripada memantau secara lebih dekat, kami juga bertindak sebagai tikus putih (bahan uji kaji) dimana kami perlu menggunakan kenderaan tersebut se'maximum' yang mungkin. Ala2 testing la ni. So kalau ade ape2 complain terhadap kenderaan tersebut, kami2 ni lah yang sepatutnya akan jumpa dulu. Dan kalau terdapat complain/concern yang melibatkan issue yang besar, kami ni jugaklah yang bertindak menyuarakan kepada pihak management untuk tindakan yang lebih lanjut Selain dari menyuarakan sahaja, kami jugak lah yang kene perah otak memikirkan 'temporary solution' bagi setiap 'corncern yang dijumpai. Selain itu, kami jugak perlu memerhatikan keadaan kereta yang terdapat didalam showroom (display car) dan jugak keadaan test drive sentiasa dalam keadaan baik.

Exora berada di atas feri dari pulau ke Butterworth.

Lepas seminggu dok di Northern, badan pun dah naik lemau. Ape tak nya dah 3 minggu berturut2 aku merayau-rayau sekitar semenanjung. Tidur pun kurang. Ni semua sebab EXORA... Kepada mana2 yang belum lagi membeli EXORA... hehehe aku nak 'promote' sket la. Kalau keperluan ada menuntut utk menggunakan sebuah MPV. aku rase EXORA adalah pilihan pertama.....

No comments: