Daisypath Anniversary tickers

Friday, May 29, 2009

Convocation

Tahniah aku ucapkan untuk adik aku, si Linda atas majlis 'convocation'nya yang selamat berlansung semalam di Dewan Seri Budiman, Universiti Teknologi Mara Shah Alam. Tahniah sekali lagi kepada semua Graduan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Perakaunan.

Tapi yang dok mengherankan aku. Mengikut statistik yang diberi semalam, seramai 18,883 graduan yang terdiri dari Doktor Falsafah, Sarjana, Sarjana Muda & Diploma bakal menerima sijil masing2 sepanjang isdiadat Konvokesyen UiTM yang ke-70 bermula 26/05/2009 hingga 03/06/2009. Uishh... ramainya. Mana la depa2 ni semua nak berkerja nanti??? Cukup ker dengan sektor perkerjaan sekarang ni mampu menampung kesemua jumlah graduan tu dengan peluang pekerjaan? Memandangkan ekonomi yang semakin tidak menentu sekarang ni.

Apa pun aku bersyukur kerana mempunyai pekerjaan yang tetap dan agak stabil. Walaupun ramai kawan2 aku yang menjadi penganggur akibat diberhentikan kerja kerana kedudukan kewangan company diorang yang semakin tidak stabil. Harap2 la company aku tak buat macam tu... Kepada semua yang masih berkerja tu, kerja la rajin2. Jangan dok monteng jer. Dan kepada semua graduan2 yang baru jer lepas convo tu. SELAMAT MENCARI KERJA!!!


1 comment:

Anonymous said...

banyak-banyak bersyukur atas rezeki yg ALLAH berikan