Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 31, 2009

Rangkuman 2009

Tirai 2009 bakal berlabuh. So aku rase baiklah aku rangkumkan semua apa yang dah berlaku kat aku sepanjang tahun lepas. Ni pun sebab aku baca surat khabar pagi ni. Aku nengok banyak rangkuman yang diaorang buat sepanjang tahun baru.

Memula sekali perkara yang terbesar berlaku dalanm hidup aku adalah tahun ni jugak la kau bergelar tunangan orang. Huhuhu... selama ni aku dok asyik pergi majlis pertunangan orang jer. Ni aku plak yang bertunang... Gagaga. Tahun ni jugak la aku berjaya menamatkan pembelajaran aku sebagai pengajar bertauliah oleh Boxhill Collage, Victoria Australia. Ni ni bukan sijil nak jadi cikgu sekolah tu, walaupun ditauliahkan sebagai pengajar bertauliah. Tapi sebagai Certified Vocational Education Instructor. Tapi sijil ni aku xbuat kat Australia pun. Buat kat Malaysia jer. Sijil tu jer dikeluarkan di sana, blajar nyer disini. Tapi pengajarnya 'omputih' ler.

PROTON EXORA pun dilancarkan dalm tahun 2009 jugak. Aku secara lansung terlibat sebagai salah seorang ahli Customer Action Team. Paling best selepas 100 hari EXORA berada diatas jalan, aku pun menerima satu surat penghargaan dari Managing Director atas sumbangan aku dalam memastikan EXORA menjadi salah satu lagi model yang mampu dibanggakan oleh rakyat Malaysia.

Antara memori yang agak indah la tahun ni... errrmmmm... bawak bakal2 adik2 ipar aku berjalan sehari suntuk di genting. Seronok la dapat jenjalan diaorang tuh. Baru2 ni plak aku berkesempatan ke Singapura bersama tunang aku, tu pun sebab aku berkunjung ke Johor. alang2 dah sampai ke JB aku lajakkan ke Singapore. Maklum le aku ni xpernah la ke Singapore. Tahun ni jugak aku diberi kepercayaan olen bos aku untuk melatih peserta2 dari pengedar2 kenderaan PROTON negara2 Asean (Brunei, Singapore, Taiwan, Thailand & Indonesia) dalam Pertandingan Kemahiran Malaysia bagi ketegori pengedar & pengeksport kenderaan PROTON yang julung2 kalinya diadakan disini. Pemenangnya adalah peserta dari negara Taiwan. Walau pada awalnya memang payah jugak la aku nak bercakap dangan mamat ni sebab haram jadah dia xpaham bahasa Inggeris. Dan aku plak mane la reti nak becakap bahase cine. Tapi lantak la dia dah menang pun.

Well apa pun aku kena tinggalkan 2009 ni dengan penuh memori yang indah. 2010 menanti dengan penuh cabaran baru yang mendatang. Tahun 2010, menantikan sesuatu yang lebih mencabar. Tanggungjawab yang sudah pastinya bertambah. Goodbye 2009.... Welcome 2010

1 comment:

halym said...

exora special edition yang 100k tu biler nak kuar?