Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 13, 2010

Trip to South Africa

Bapak punya pemalas aku ni kan. Tu la orang nak jadi bloggers aku pun nak tumpang sekaki gak. Last2 blog aku yang bersawang. Huhuhu... bulan 2 hari tu sedia maklum la aku pi South Africa sebab company aku suruh pegi la senang cerita. So aku malas la nak buat ape2 entry jadi layan je la antara koleksi2 gambar-gambar yang sempat aku snap semasa aku kat sana.
Tengah semangat nak pegi meninggalkan negara... huhu

Ni kat airport dubai. transit 5 jam. Masa ni baru pukul 5 am waktu UAE. Waktu Mesia 9am

Depan hotel tengah tunggu driver ambik. Nama hotel ni The Balalika Hotel Sandton City, Jo'burg

Ni lah keje aku datang Jo'burg ni. Ngajar Mat2 Salleh ni cara2 nak repair kete Proton.

Yang tu je la gambar kerjanya. Lebih2 gambar jenjalan jer yang banyak. Hahaha.... punya la hampes aku ni. Company suruh pegi kerja aku bantai jalan2... Orang kate kalau pegi South Africa kalau xpergi Safari Park dia xsah. So aku pun pi la ke Lion & Rhino Nature Reserve Park kat Krugersdorp. Kira2 45 min drive from town Jo'burg

Kenderaan rasmi


Harimau bintang a.k.a cheetah yang tengah lepak2. Take note yang sume chetah2 tuh kat belakang pagarkan.... see next photo.


Cer tengok gambar ni betul2. Cheetah tu kat belakang pagar ker depan pagar??? Hampes betol... Aku hanya berada kurang dari 2 meter dgn binatang ni. Rupanya binatang ni terlepas dari kawasan dia. Nasib baik dia bukan time lapar. Kalau tak mau arwah aku kene baham dek cheetah ni. Lepas tu cheetah ni kene tembak ngan pelali & dimasukkan semula kat kandang dia.

The Lion King


Yang ni white lion. Anak jer la.

Binatang ni nama dia Gemsbok

Haha... jgn btol kan PC anda. Ini bukan shot yang telah di super imposekan. Ini kejadian benar. Aku tengah men'sekeh2' kepala singa. Ups... sorry, anak singa. Sempat gak la aku guling2 dgn anak2 singa ni. Ni baru berusia 6 bln. Jinak macam kucing. Tapi kucing kecik. Hak ni beasr sket.

Chipmunk ni aku geram btol tgk dia. Jinak nak mampos. Berkeliaran di sekitar taman ni jer.



Ni antara2 gambar lain yang sempat aku snap.

Bentley Continential GT 6.8litre V12.

Ni plak aku pi melawat ke salah satu venue untuk FIFA World Cup 2010. Stadium ni terletak di Pretoria. Selain tu aku sempat jugak menjengah ke Stadium Ellie's Park & Soccer City Satdium di Jo'burg. Soccer City Stadium ni la di mana perlawanan pembukaan akan diadakan antara South Africa & Uruguay. Hehehe... ticket dia yang apling murah harga R250. Duit Malaysia adalah 1/2 dari tu. Mamat ni jadi model jer...

Kat dalam Wonder Cave, Krugersdorp

Ni kat depan Mandela Square, Sandton City


Ni plak kat satu kawasan penempatan warga Islam. Kebanyakan population pekan kecik ni adalah Pakistan yang migrate ke sini. Kat sini la baru aku dapat makan Nasi Briyani yang betul2 halal. Tapi harga sepinggan Nasi Briyani dia R86. Duit Malaysia 1/2 lah.. Punya susah nak carik makanan halal kat sini. Sekali dapat... RM 43 sepinggan briyani. Bedal la kaw2 punya. Tu pun nasib baik la driver kita orang ni pandai nak carik tempat. Thanks to Simon... 'manggis' yang paling baik & berbudi bahasa yang pernah aku jumpa.

Cerita 16 hari aku kat South Africa memang best. Maklum la aku ni bukan orang senang. Dapat tengok negara orang pun ehsan dari company. Kalau tak saje2 nak datang memang xde la jawapnyer. Itu la rezeki nama dia. Well ape pun ni antara gambar yang dapt aku syer2kan kat dlm ni. Nak kira beratus gambar yang aku ambik. Tapi kat sini barang2 dia memang cukup mahal. Mungkin ekonomi negara diaorang memang macam tu. Setakat R50 tu xder ape yang dapat di beli. Harga setin air Coke pun dah R8. So South Africa bukan la shopping heaven untk mereka2 yang suke bershopping. Aku pun xder ape yang dpt dibeli. Just beberapa helai T-Shirt World Cup 2010 yang dapat aku sauk. Yang penting its an official merchandise. Bukan ciplak punya. Yang paling aku hangen... T-Shirt yang sama aku beli kat South Africa harga dia RM45 dan skang dah masuk Malaysia jual kat Petronas just RM29.90 jer. Hampesss btol....!!!

Credit to Pearl Automotive (Ltd), Mr Niel Jensen, Lisa Caroll, Mr Albert, Warren Roth, Collin and all the participants. You guys are great.

2 comments:

halym said...

Balalaika tu cam ada dlm lirik lagu Scorpions je kan? hehe

rose said...

tue..arrr... lirik lagu..WIND OF CHANGE...layanzzzz..