Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 23, 2008

Upin & Ipin

bile dah menjangkau usia remaja nih aku jarang2 skali nengok kartun. tapi ahad lepas, mengkala menunggu waktu berbuke aku pun layan ler TV. sekali aku terpetik ler ke channel yang menyiarkan katun si Upin & Ipin nih. macam best plak aku layan kartun 5 menet nih. yang paling aku kagum adalah kemajuan anak melayu dalam dunia animasi nih. aku idok ler pandai dalam arena animasi mahupun 3D nih. tapi sekali aku tengok kartun tu nampak real. imej yang ditampilkan pun clean & clear. jalan cerita yang agak menarik disamping ade la sikit2 pesanan & mesej nasihat yang cube diterapkan melalui nasihat 'opah' diorang nih. tapi sayang kartun tuh 5 minit jer. huhu.. mungkin bajet dier takat 5 minit jer kot... tapi nak hasilkan cerita 5 minit tuh pun aku rase2 ler menelan belanjer yang agak besar. tu pasal ler 5 minit jer kot.

ape pun aku nak menguapkan syabas kepada anak2 melayu khususnya dan xlansung jugak anak2 malaysia yang mampu membuktikan animasi negara kita jugak xkurang hebat nyer. dah jugak aku tabik jugak kat diorang nih kerana mampu menghasilkan kartun yang berkualiti dan tak pulak melupakan nilai2 kemelayuan & kebudayaan negara kita. tambah lak skang nih aku tengok kartun yang karut marut makin belambak kat TV. doreamon ler, naruto ler, otromen ler, dan tah ape2 lagik ler kartun superhero aku tengok kat TV tuh. patut ler rosak minda anak2 melayu skang nih. aku 'salute' ler kat semua tenaga produksi yang menghasilkan kartun tuh. simple dan jalan cerita yang menarik. patut nyer kartun2 macam tuh ler banyak kat dalam TV. bukan kartun merepek jor.... lopeh nih korang buat plak kartun tuh jadik setongah jam yerk.... buleh ler aku patah balik ke zaman era kartun nih.... ces... dah tuo pun layan kartun.. ape daa!!!

No comments: