Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 5, 2008

Continental Automotive Malaysia, Penang Visit

Arakiannya aku diperintahkan bersama-sama bos aku untuk menghadiri satu sessi perbincangan dan lawatan ke kilang Continental Automotive Malaysia atau nama lama dia Siemens VDO di Penang. Continental Automotive Malaysia adalah vendors yang bertanggung jawab 'supply' Meter Clusters, Fuel Pump, Sensors & organ terpenting bagi sesebuah kereta iaitu ECU (Engine Control Unit)

Sessi tuh dimulakan dengan penerangan mengenai latar belakang company dan kemudia seterusnya penerangan mengenai pembuatan komponen-komponen yang di buat disitu. Dan seterusnya kami diberi penerangan secara 'detail' Basic Function Controls atau Body Control Module yang bakal dipasang pada P6-20A (MPV) yang bakal dikeluarkan oleh syarikat pengeluar kereta nasional terbesar.

Lepas tuh plak kitaorang dibawa masuk melawat 'production line'. Nak masuk kene la pakai pakaian khas. Sebab diaorang kata badan kita nih mengandungi caj2 elektrostatik yang bole menjahanamkan electronik komponen kat situ.

Lepas melawat 'production line'.... hehehe... sessi perbicangan dimulakan. Malas la nak ceritakan. So hari tuh acara disudahi hampir pukul 3 petang

No comments: