Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 28, 2008

Recce to Perak

27/05/2008 ari tuh aku bersama rakan2 sekerja aku telah diarahkan untuk pi me'recce' satu trek di kampung gajah, perak sbb kene adakan 1 event defensive driving.

seawal pagi jam 8.30am kitaorang bergerak ke destinasi yang di tuju. untuk mendapatkan pemandangan yang lebih enak & 'chantek' jalan lame lah menjadi pilihan. kitaorang mmg jenih yang malas nak ikut tol2 nih. save la sket... so 'route' yang menjadik pilihan adalah ulu yam menuju ke tg malim. sbb mmg dah bercita2 nak layan break fast kat restoran 'febret' di tanjung malim, RESTORAN SEPAKAT. restoran minang yang cukup menjadik 'febret' dikalangan staff 'Proton' baik dari Plant Tg Malim ataupun di blah KL nih.


lepas melayan sepinggan nasik lemak & beberapa ketol karipap, kita orang meneruskan perjalanan menuju ke kg gajah. melalui slim river ---> trolak ---> bidor ---> teluk intan ---> kg gajah.

lepas tuh plak aderlah sorang nih kate dier 'local sitijensip' dia bawak ler kitaorang nih jalan 'shot kat' melalui bebrapa buah kampung dan menuyusuri tali2 air di kiri kanan jalan. sampai tahap masuk kebun kelapa sawit orang tuh... jalan yang agak2 muat2 sebijik kereta jer. lalu kat tengah2 sawah orang. pun jalan yang 'ngam2' sebijik kereta jer lepas. agak2 kalau nak berselisih dgn kereta dr arah dpn, mau salah sorang terjun dlm tali air. so layan la beberapa gambar yang sempat aku 'snap' melalui camera aku (err... SLR aku tuh blum belik lagik. nih gambar digital camera biase jer.)





dalam lebih kurang pukul 1.30tgh kitaorang sampai la di trek kampung gajah. destinasi yang dituju. trek nih antara trek 'febret' dikalangan pelumba cub prix. trek sejauh lebih kurang 1.2 km jer nih dgr cerita dimiliki oleh anak kepada Ramli Ngah Talib (salah sorang menteri la.. tp aku xtau menteri aper) trek nih diilhamkan bagi mengatasi masalah 'lumbe haram' dikalangan budak2 kampung. jgn ingat trek nih 'kokak' jer. trek nih jugak menjadi pilihan Tg Djan Ley, ikon 'Panadol Actifast' yg jugak drifter terkenal kat malaysia nih. dia slalu dtg bawak2 geng2 drift dier sewa & drift kat sini. dan dia jugak slalu buat event kat sini. so aku sempat la melayan beberapa lap kat dlm trek nih berpandukan tunjuk ajar cikgu aku, En Mohamad Redzal Umar. beliau mendapat latihan drpd Lotus Engineering di UK dan antara orang yg bertanggung jawab membawak balik mesin2 di LOTUS UK ke malaysia untuk meng'setup' kereta2 Proton. orang yang paling arif dalam Ride & Handling terutama skali kereta malaysia. dia jugak orang yg telah meng'setup' kereta2 proton bermula Satria GTi, Proton Gen.2, Satria Neo & jugak Savvy. kalau sape2 pemilik Proton yang rase kereta nih sedap & best mase layan corner.. hihihi... cikgu aku la yg setup kereta tuh. dia jugak salah sorang yg setup race car dan jugak berpengalaman menjadi pemandu 'racing'.



antara shot2 yg sempat aku petik kat dalam trek. kalau korang terase nak layan dalam trek nih xmahal. 1 hari dia caj RM 2500 jer.

jangan salah sangka ni bukan 'potret' dato' K. ni lah rope cikgu aku. kalau korang nak tau ni lah muke orang yang bertanggung jawab meng'setup' kerete2 PROTON. kalau korang rase handling kereta proton best.... ni la muke yang bertanggungjawab menjadikan kete tuh best. hehehe... jgn mara ar brader redzal... ter'promote' muke brader yg ala2 dato' K tuh..

lepas jer dari aktiviti di trek tuh. kitaorang pun bergerak meng'usha2' resort2 yang berhampiran untuk dijadikan penginapan bagi peserta2 kursus tuh nanti. nanti aku post yg lain plak promote resort tuh.

jalan punya jalan. mau dekat pukul 11 malam gak aku sampai rumah balik. dan sebelum tuh aku nak kasik korang layan beberapa keping gambar kerang bakar yang kita orang bedal untuk diner malam tuh. kitaorang makan kerang bakar fresh kat Pantai Remis, Kuala Selangor




5 comments:

halym said...

sodap ke makan kat situh?

shahril adzmy said...

makan kat maner?? byk sgt la tempat makan. tg malim ker pantai remis

halym said...

Tg.malim tuuuu....nak singgah nnt

shahril adzmy said...

kalau rting ikut bintang 4 star gak la. buleh makan bersila...

nasik padang dio pun buleh tahan

halym said...

gua mmg suker nasik padang ngan rendang kancil or rusa..ekeke