Daisypath Anniversary tickers

Friday, July 25, 2008

PROTON Technology Week

PROTON telah 23 tahun berkecimpung dalam pembuatan dan pengeluaran kereta bermula dari Proton Saga kepada Saga baru.

Sebagai peneraju industri automotif negara, PROTON bukan sekadar terlibat dalam perniagaan tetapi mempunyai tanggungjawab untuk menyumbang kepada ekonomi dan pembangunan negara.


Dalam memenuhi tanggungjawab ini, PROTON telah menjadi pemangkin dalam membangunkan bidang penyelidikan dan pembangunan industri automotif.

PROTON kini sudahpun memiliki kemudahan dan keupayaan R&D yang bukan sahaja untuk kegunaan sendiri tetapi sudah mampu untuk menawarkannya kepada syarikat-syarikat tempatan dan luar negara.
Untuk itu, sudah tiba waktunya untuk PROTON berkongsi dengan orang ramai terutama pelanggan akan keupayaan anak-anak tempatan khasnya dalam bidang penyelidikan dan pembangunan industri automotif.

Sebenarnya tidak ramai yang tahu mengenai keupayaan dan kemampuan PROTON dalam bidang teknologi pembuatan dan pengeluaran kereta masa kini. Atas sebab itu timbul berbagai pandangan dan reaksi yang tidak tepat mengenai PROTON.


Sebagai peneraju industri automotif negara, sekali lagi PROTON akan mencatatkan satu mercu tanda dengan pengeluaran kereta yang ketiga juta dan sekaligus membuka Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D Center) untuk berkongsi keupayaan dan kemampuan teknologi PROTON dalam hala tujunya untuk menjadi pembuat dan pengeluar kereta bertaraf dunia.

Bersempena dengan Minggu Teknologi ini, warga PROTON dan orang ramai boleh menyaksikan secara lebih dekat aktiviti pembuatan kereta khasnya di R&D : Virtual Reality Studio, Styling Studio, CMSS Lab, Prototype Studio, Powertrain, Emission Lab, Powertrain and Noise Lab, CAE Lab dan juga produk-produk R&D.


Di antara produk yang akan turut dipamerkan adalah kereta-kereta yang dihasilkan dari teknologi tempatan dan juga Lotus.


Selain daripada itu terdapat juga aktiviti sampingan yang disertai oleh vendor, Lotus, PROTON i.care, merchandise dan acara yang berkaitan dengan teknologi termasuk untuk kanak-kanak.

Hari Terbuka adalah pada Sabtu, 2 Ogos bermula dari jam 2.00 petang (selepas majlis pelancaran) hingga5.00 petang dan Ahad, 3 Ogos dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Kepada semua warga malaysia, anda semua di jemput untuk bersama meneroka dunia teknologi di PROTON. so marila kita beramai-ramai berkujung ke PROTON Manufacturing Plant di Seksyen 26, Shah Alam.



No comments: